JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Mee Kari Power. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee Kari Power. Papar semua catatan

Khamis, 29 November 2012

MEE KARI POWER.... :D

Masa majlis hari lahir november di kuang tempohari .. menu utamanya ialah mee kari... mee kari yang kak ngah masak ni memang power... air tangan kak ngah dah macam air tangan masakan emak pulak... ialah kak ngah anak perempuan sulung dalam keluarga.. sejak umur 10 tahun emak dah ajar memasak.. adik-adik pulak dah berderet.. kak ngah memang cekap memasak dan yang paling best sedap pula.. sebab tu abg ngah sayang sungguh dengan kak ngah :D


Tekun betul en suami saya makan hahhaha :D

Ni mangkuk encik suami saya... sungguh sarat dengan
bahan-bahannya dan mangkuk penuh tu...
Hidangan di atas meja... dalam periuk ada lagi tu..
apa kak ngah cakap utk korang tapau gak :P... best
terbaik kak ngah..
Jom kita tengok resepi mee kari kak ngah yg terbaekkk buat kami sekeluarga..

RESEPI MEE KARI POWER











Bahan-bahan:
 1 paket mee kuning - dicelur
 1 paket fish ball
 4 biji tauhu pok
 4 biji telur - direbus & dibelah 2
 3 biji cili merah - dihiris
 3 biji limau nipis - dibelah 2

Untuk kuah:
  5 camca besar  minyak 
  4 camca besar rempah kari daging
  400gm daging- dipotong kecil 
  300gm tulang rawan-direbus
  300gm udang
 1/2 kg-500gm santan pekat
 1 1/2 cawan -agak-agaklah nak pekat
 2 biji ubi keledek – direbus lepas dilenyek hancur
 2 keping asam gelugor
 garam  secukupnya

Bahan-bahan tumisan
 1 batang kulit kayu manis
 2 kuntum bunga cengkih 
1-2 tangkai daun kari 
1 biji bawang besar, 
3 biji bawang putih dan 
2 biji bawang merah di hiris halus. 

Bahan-bahan kisar:

  6 biji bawang merah
  3 ulas bawang putih
  20 tangkai cili kering - direbus
  1 labu bawang besar 

Cara-cara
1.  Panaskan minyak.
2.  Masukkan bahan-bahan penumis, bawang yang telah di hiris dan  bahan2 kisar bersama daun kari.
3.  Kacau sehingga naik bau 
4.  Kemudian masukkan rempah kari dan kacau selama 2 minit.
5.  Masukkan pula daging bersama  ubi kentang dan kacau rata sehingga terbit minyak.
6.  Tuangkan santan, , garam  secukupnya..kalau rasa kuah tu pekat, tambahkan air, ikut kepekatan masing2.
8.  Bila kuah menggelegak, perlahankan api dan renihkan sehingga naik minyak.  Masukkan fish ball, fish cake, taufok dan rasa cukup masinnya.
9.  Biar mendidih semula sebelum diangkat .