JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ. Papar semua catatan

Sabtu, 20 September 2014

PERATURAN BARU LAMPU KERETA JPJ MULAI 1 OKTOBER 2014


Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhujung minggu bersama keluarga.. masa ni lah nak berehat dan mengemas rumah kan kekawan.. tapi kita yg perempuan ni tak ada masa berehat pun bila cuti ni.. cuma rehat dari bekerja di ofis tu kan.. kerja rumah tetap juga kena buat.. :)
Saya kalau memandu malam, paling tak suka kenderaan yg guna lampu warna putih tu.. silau mata di buatnya.. pastu ada pulak yg letak lampu signal sama dengan warna merah lampu break tu.. udah tak tahu dia rupanya nak masuk kekanan atau kekiri.. warna dah seakan samakan..
Jadinya berkuatkuasa 1 oktober 2014 ni JPJ akan membuat peraturan baru untuk lampu kereta. Jom baca saya copy paste dari wall FB ni kekawan..




Peraturan baru lampu kereta oleh JPJ mulai 1 Oktober 2014. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014. Keputusan itu dibuat selepas mendapati ianya antara salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Pada masa yang sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.

Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ



  • Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  • Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  • Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.



Tarikh Berkuatkuasa

Mulai 1 Oktober 2014
Kadar Kompaun Saman

Maksimum RM300 bagi setiap kesalahan