Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 20 September 2014

PERATURAN BARU LAMPU KERETA JPJ MULAI 1 OKTOBER 2014


Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhujung minggu bersama keluarga.. masa ni lah nak berehat dan mengemas rumah kan kekawan.. tapi kita yg perempuan ni tak ada masa berehat pun bila cuti ni.. cuma rehat dari bekerja di ofis tu kan.. kerja rumah tetap juga kena buat.. :)
Saya kalau memandu malam, paling tak suka kenderaan yg guna lampu warna putih tu.. silau mata di buatnya.. pastu ada pulak yg letak lampu signal sama dengan warna merah lampu break tu.. udah tak tahu dia rupanya nak masuk kekanan atau kekiri.. warna dah seakan samakan..
Jadinya berkuatkuasa 1 oktober 2014 ni JPJ akan membuat peraturan baru untuk lampu kereta. Jom baca saya copy paste dari wall FB ni kekawan..




Peraturan baru lampu kereta oleh JPJ mulai 1 Oktober 2014. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014. Keputusan itu dibuat selepas mendapati ianya antara salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Pada masa yang sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.

Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ



  • Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  • Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  • Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.



Tarikh Berkuatkuasa

Mulai 1 Oktober 2014
Kadar Kompaun Saman

Maksimum RM300 bagi setiap kesalahan

9 ulasan:

  1. baguslah sbb sekarang lampu ikut selera tuan punya kereta ja...konon nak kelainan..

    BalasPadam
  2. bagus juga ni kak... sekurang2nya takde lah org nak suka hati psg lampu yg berwarna warni..
    huhu

    BalasPadam
  3. seriously tak suka bila dorang letak lampu putih..mmg pandangan dorang jelas tapi kita yag bertentang dgn lampu putih tu bapok la silau..merbahaya tau..

    BalasPadam
  4. Baguslah buat macam ni. Sakit mata kedang-kadang tengok lampu kereta macam ni malam-malam. Memang menggangu masa memandu.

    BalasPadam
  5. Aaa bagus ada peraturan ni...diharap kan pelaksanaan peraturan dapat dilakukan dengan sewajarnya....mmg confuse dgn assesory mcm ni

    BalasPadam
  6. Harap JPJ bertegas dengan semua penguna kereta, jangan bertindak hanya pada kelas bawahan..yang atas terlepas macam tu saja...

    BalasPadam
  7. harap undang undang ini dilaksanakan dengan baik dan tegas.. bukan apa, takut ada sikap 'double stnadard'....

    BalasPadam
  8. Memang sakit jiwa kalau memandu malam. Lagilah saya ni cepat sakit mata bila kena silau lampu yang canggih-canggih ni. Nasib baik sekarang ada tukang bawa kereta :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)