JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Resepi Kuih Keria Keledek Ungu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Kuih Keria Keledek Ungu. Papar semua catatan

Khamis, 21 Julai 2016

KUIH KERIA KELEDEK UNGU 😆😊 ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hainom... nak habaq kat hang.. kuih onde-onde ungu tu hari CH regu kan dengan kuih keria ni Nom.. tidak lah celah gigi jer makan 2 biji onde-onde tu jer.. CH tambah dengan 2 biji seorang kuih keria ni ha .. ~__^


Resepi saya godek blog Madiha.. memang pakar buat kuih tradisional ni.. lagi satu yg sukanya.. sukatan guna cawan hehehe.. tak payah guna penimbangkan..
Mohon halal akak tempek resepi kat sini ye Madiha.. biasalah akak ni bukan rajin bebenor nak menulis balik resepi ni.


Kuih Keria Keledek Ungu
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Dicuba oleh : Cahayahidupku2569.blogspot.my

Bahan2
2 cawan keledek rebus yang siap dilecek halus (MaDiHaA guna keledek warna ungu gelap direbus dengan air & sedikit garam)
2/3 cawan tepong gandum
1/3 sudu kecil garam
Minyak masak utk menggoreng

Bahan salut
3 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air

Cara menyediakan
1. Campurkan keledek lecek bersama garam & tepong gandum & uli sehingga rata.
2. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian lalu digelek di atas papan pencanai menjadi bentuk silinder seperti keropok lekor tetapi bersaiz lebih besar anggaran berdiameter 2 inci.
3. Baringkan silinder tadi & potongkan kepada 8 bahagian.  Buatkan bentuk lubang ditengah2  & bentukkan menjadi gegelang atau bentuk keria. Habiskan kesemuanya.
4. Panaskan minyak masak api sederhana lalu gorengkan keria sehingga masak kedua2 belah. Angkat & toskan.
5. Dalam kuali bersih yang lain, masukkan bahan salut & masak sehingga gula larut & menjadi pekat, berbuih2 & bertali2 apabila diangkat dengan sudip.  Bila buih2 hampir hilang & pekat, masukkan kuih keria lalu dikacau rata tanpa berhenti. Bila semua kuih bersalut gula, kecilkan api dan terus balik2kan kuih sehingga air gula bersaka (mengeras) & bersalut dengan kuih tadi. Bila dah cukup kering & tiada lagi nampak berkilat, bolehlah tutupkan api & hidangkan.


Bila buat kuih keria ni.. teringat arwah mak.. suka sangat makan kuih keria ni.. 
Anak-anak saya pun suka juga.. mereka juga boleh terkenang arwah uwan nya.. kalau uwan suruh pergi kedai beli kuih.. mesti uwan suruh beli kuih keria ini mama.. kata Najeeha.. Mereka juga ada kenangan dengan uwan.. apatah lagi saya ni.. teringat-ingat kenangan itu.. Alfatihah untuk mak..