JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 21 Julai 2016

KUIH KERIA KELEDEK UNGU πŸ˜†πŸ˜Š ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hainom... nak habaq kat hang.. kuih onde-onde ungu tu hari CH regu kan dengan kuih keria ni Nom.. tidak lah celah gigi jer makan 2 biji onde-onde tu jer.. CH tambah dengan 2 biji seorang kuih keria ni ha .. ~__^


Resepi saya godek blog Madiha.. memang pakar buat kuih tradisional ni.. lagi satu yg sukanya.. sukatan guna cawan hehehe.. tak payah guna penimbangkan..
Mohon halal akak tempek resepi kat sini ye Madiha.. biasalah akak ni bukan rajin bebenor nak menulis balik resepi ni.


Kuih Keria Keledek Ungu
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Dicuba oleh : Cahayahidupku2569.blogspot.my

Bahan2
2 cawan keledek rebus yang siap dilecek halus (MaDiHaA guna keledek warna ungu gelap direbus dengan air & sedikit garam)
2/3 cawan tepong gandum
1/3 sudu kecil garam
Minyak masak utk menggoreng

Bahan salut
3 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air

Cara menyediakan
1. Campurkan keledek lecek bersama garam & tepong gandum & uli sehingga rata.
2. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian lalu digelek di atas papan pencanai menjadi bentuk silinder seperti keropok lekor tetapi bersaiz lebih besar anggaran berdiameter 2 inci.
3. Baringkan silinder tadi & potongkan kepada 8 bahagian.  Buatkan bentuk lubang ditengah2  & bentukkan menjadi gegelang atau bentuk keria. Habiskan kesemuanya.
4. Panaskan minyak masak api sederhana lalu gorengkan keria sehingga masak kedua2 belah. Angkat & toskan.
5. Dalam kuali bersih yang lain, masukkan bahan salut & masak sehingga gula larut & menjadi pekat, berbuih2 & bertali2 apabila diangkat dengan sudip.  Bila buih2 hampir hilang & pekat, masukkan kuih keria lalu dikacau rata tanpa berhenti. Bila semua kuih bersalut gula, kecilkan api dan terus balik2kan kuih sehingga air gula bersaka (mengeras) & bersalut dengan kuih tadi. Bila dah cukup kering & tiada lagi nampak berkilat, bolehlah tutupkan api & hidangkan.


Bila buat kuih keria ni.. teringat arwah mak.. suka sangat makan kuih keria ni.. 
Anak-anak saya pun suka juga.. mereka juga boleh terkenang arwah uwan nya.. kalau uwan suruh pergi kedai beli kuih.. mesti uwan suruh beli kuih keria ini mama.. kata Najeeha.. Mereka juga ada kenangan dengan uwan.. apatah lagi saya ni.. teringat-ingat kenangan itu.. Alfatihah untuk mak..



34 ulasan:

  1. mak aih sedapnya.. lain dari yang lain πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

    BalasPadam
  2. sedap kuih keria....tapi tak pernah rasa kuih keria keledek

    BalasPadam
  3. KAK SUKA KERIA KELEDEK TAPI YG XBERGULA...SEDAP TU

    BalasPadam
  4. Jarang jumpa keledek unggu skrg ni....biasa yg kaler oren/putih jerrr

    BalasPadam
  5. Cantik sebab natural colour bukan guna pewarna Yati
    Kakak suka keria tak kisahlah warna apa pun. Asal jgn hangus hihi...

    BalasPadam
  6. Suka keria unggu kak yati sedapnya...itulah susah nk jumpa kaler tuu

    BalasPadam
  7. waaaa dana suke warna nya... cantik betul

    dana tak penah bt keria kak heheheh... entahla kuih2 tradisional gini dana jrang sgt cuba

    BalasPadam
  8. Sedapnya kak. Pernah sekali jer buat kuih keria ni.

    BalasPadam
  9. Dah lama tak jumpa keledek ungu ni yatie....kalau rebus gitu je pun sedap juga kan.Akak pun suka kuih keria tpi spt PI tak suka bergula.
    Bila tngk keledek ungu ni teringat peristiwa zaman budak2 dulu...ada cerita sebaliknya.

    BalasPadam
  10. Dah lama tak jumpa keledek ungu ni yatie....kalau rebus gitu je pun sedap juga kan.Akak pun suka kuih keria tpi spt PI tak suka bergula.
    Bila tngk keledek ungu ni teringat peristiwa zaman budak2 dulu...ada cerita sebaliknya.

    BalasPadam
  11. Kecik2 dulu saya panggil kuih tayar.
    Suka kuih tayar.

    BalasPadam
  12. Kuih feveret saya ni kak... sedapnya...

    BalasPadam
  13. sedapnya... lama tak buat kuih ni... sira gula tu kekadang ok tapi ada jugak yg ko pulak, tu yg tak rajin nak buat kuih ni... tapi tang makan memang suka sangat!

    BalasPadam
  14. sedapnya kak, lama tak makan keria

    BalasPadam
  15. Sedapnya..aduh terasa2 kemanisan keledek ungu..nyum

    BalasPadam
  16. Sedapnya..aduh terasa2 kemanisan keledek ungu..nyum

    BalasPadam
  17. resepinya sama macam nk buat kuih cekmek molek..
    boleh la buat dua dua sekali guna ubi ungu..
    suka...suka..
    favourite ni..

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum,
    alahai...dap dap dap
    tapi, bila masanya nak buat ni?

    BalasPadam
  19. patutlah onde makan 2 bijik jer hari tu, ada tambahan kuih lain lagi rupanya. saya suka juga makan keria tp tak pernah makan selain yg keledekyg biasa tu.

    macam mana check up akak semalam, ok?

    BalasPadam
  20. sdapnya kuih keria.. time panas2 lagi lah...

    BalasPadam
  21. Sedapnyaa nengok kuih keria tuh.. cam terasa2 jer lembutnya

    BalasPadam
  22. Lama nya tk buat keria ungu lagii
    Mesti trlebih sdp ni yatie

    BalasPadam
  23. perghhh!! saduran gula dia mengancam kalbu CH, sedap kuih keria ni, kami kat utara panggil kuih gelang hihi :)

    BalasPadam
  24. Salam Kak..baru nak muncul ni hah... wahhh peberet ni kuih keria, masa puasa ada buat tapi hangit skit.. hihi

    BalasPadam
  25. Weyh....kita pun suka makan kuih keria ni tau. Cuma buat jer malas haha....
    So kira 4 ketul soranglah ek? Kalau mak ....bolehlah bertahan 1 jam haha...

    Pernah jugak buat kuih keria ni CH tp satu masa dahulu lah hihi....Tp guna keledek kuning

    BalasPadam
  26. Weyh....kita pun suka makan kuih keria ni tau. Cuma buat jer malas haha....
    So kira 4 ketul soranglah ek? Kalau mak ....bolehlah bertahan 1 jam haha...

    Pernah jugak buat kuih keria ni CH tp satu masa dahulu lah hihi....Tp guna keledek kuning

    BalasPadam
  27. Sedapnya kak. Favourite siqah ni kuih keria. Nyum nyum 😁

    BalasPadam
  28. Saya pun suka juga kuih keria ni, CH. Bila baca tentang kuih keria yang famous kat Melaka, dan-dan tu rasa nak drive ke Melaka. Eheh, macam biasalah saya lagi rajin membeli daripada membuat!

    BalasPadam
  29. Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn πŸ˜‚

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)