JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Sahabatku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sahabatku. Papar semua catatan

Khamis, 20 Mac 2014

WAHAI SAHABAT YG KU KASIHI.. KU TAHU KAU GEMBIRA DISANA...

Assalamualaikum kekawan...



"Tahniah Najihah bt Nazri atas kejayaan yg cemerlang dalam SPM mendapat  9A .... Acik yati rasa sangat gembira, sebak, terharu... Wahai sahabat ku Allahyarhamah Sanisah Suja... Moga roh mu damai disana dan berbahagia... Allahummarfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha.. amin."

Diatas adalah post saya di FB... mengucap tahniah buat anak sahabat yg kukasihi...
Menitis air mata saya, sewaktu menerima mesej dari suami Allahyarhamah Sanisah
 " Alhamdulillah yatie... Najiha dapat straight 9A... 5A+ dan 4 A... " 
Terbayang saya wajah arwah... dan juga anaknya.. tentu anaknya sedih kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan ini bersama...
Kata suami arwah "Aku dah 4 hari menahan sebak Ti..." aduh saya yg disini terasa sungguh kesedihan .... apatah lagi mereka sekeluarga....

Tabahlah wahai insan yg disayangi oleh arwah....