JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label resepi sambal tumis sotong dengan petai mudah dan sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi sambal tumis sotong dengan petai mudah dan sedap. Papar semua catatan

Khamis, 29 September 2016

SAMBAL TUMIS SOTONG DENGAN PETAI 😊😉

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Masak sambal tumis sotong dengan petai ni dah lama.. hihihi, tengok ada gambar dalam draft yg belum up entrinya.. ini gara-gara ada petai yg dijual lelong gitu.. murah weyyyy.. 10 papan RM5.00.. jadi dah laki bini suka sangat petai.. teruja lah membelinya.. pastu adik tu extra lagi 2 papan.. apa lagi pesta menu petai lah kami minggu tu hahaha..

Resepinya sama jer macam sambal tumis sotong tu je kekawan.. cuma tambah petai jer kan.. bak kata kak noor.. yg busuk-busuk memang sedap 😄😆.. kita gengs kan kak noor.. kalau dah kilauan emas ni memang sukalah makan ulam ni kan..
Jom intai resepi saya yg mudah ini ..

RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG PETAI

Bahannya :-

  • 300 gram sotong 
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 3 biji bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 sudu teh asam jawa (saya guna yg adabi tu)
  • 4 papan petai 
  • 1 cawan air ( bancuhkan dengan asam jawa tadi)
  • garam
Caranya :-
  1. Garamkan sedikit sotong tersebut, kemudian goreng sebentar, ketepikan.
  2. Goreng sebentar bawang besar, angkat dan ketepikan, lepas tu tumis cili kisar dan bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Kemudian masukan air asam jawa dan petai. Kemudian masukan garam dan sotong serta bawang yg di goreng sebentar tadi. 
  4. Rasakan masinya, jika hendak berkuah sikit boleh ditambah sedikit air lagi.
  5. Siap utk dihidang bersama nasi putih panas... emm dapnya :)
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ^___^