JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 29 September 2016

SAMBAL TUMIS SOTONG DENGAN PETAI πŸ˜ŠπŸ˜‰

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Masak sambal tumis sotong dengan petai ni dah lama.. hihihi, tengok ada gambar dalam draft yg belum up entrinya.. ini gara-gara ada petai yg dijual lelong gitu.. murah weyyyy.. 10 papan RM5.00.. jadi dah laki bini suka sangat petai.. teruja lah membelinya.. pastu adik tu extra lagi 2 papan.. apa lagi pesta menu petai lah kami minggu tu hahaha..

Resepinya sama jer macam sambal tumis sotong tu je kekawan.. cuma tambah petai jer kan.. bak kata kak noor.. yg busuk-busuk memang sedap πŸ˜„πŸ˜†.. kita gengs kan kak noor.. kalau dah kilauan emas ni memang sukalah makan ulam ni kan..
Jom intai resepi saya yg mudah ini ..

RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG PETAI

Bahannya :-

  • 300 gram sotong 
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 3 biji bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 sudu teh asam jawa (saya guna yg adabi tu)
  • 4 papan petai 
  • 1 cawan air ( bancuhkan dengan asam jawa tadi)
  • garam
Caranya :-
  1. Garamkan sedikit sotong tersebut, kemudian goreng sebentar, ketepikan.
  2. Goreng sebentar bawang besar, angkat dan ketepikan, lepas tu tumis cili kisar dan bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Kemudian masukan air asam jawa dan petai. Kemudian masukan garam dan sotong serta bawang yg di goreng sebentar tadi. 
  4. Rasakan masinya, jika hendak berkuah sikit boleh ditambah sedikit air lagi.
  5. Siap utk dihidang bersama nasi putih panas... emm dapnya :)
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ^___^


14 ulasan:

  1. Ini mesti masak masa Kak Nabilah tak rumah sebab biasa sotong Yati berbunga-bunga:) Rumah kakak pun tengah banyak petai bawa dari kampung. Kebun kampung kakak memang sentiasa ada petai Yati.

    BalasPadam
  2. saya pun hantu petai jugak Yati...
    petai ni masak apa pun sedap..walaupun dibuat ulam mentah,kan...

    BalasPadam
  3. alahaiii.. sambal petai, kita geng ngan kak Noor..hahaa!!..manada busuk tu.. bau sedap ada lah..

    BalasPadam
  4. Sedapnya sambal sotong petai yatie...
    Akak kalau anak2 yang besar takde memang tak boleh masak macam ni...alamat makan sorang lah jawapnya.

    BalasPadam
  5. Masa ni ko bizi yeh Tie.....Yelah....tengok sotong tu, mcm tak sempat nak dibungakan je hihi.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam Jumaat jangan makn petai pulak .....hihi

      Padam
  6. nyum... suka nya sambal sotong ni kak.. peberet :)

    BalasPadam
  7. Kalau dah petai, buat apa pun sedap! busuk busukla...

    BalasPadam
  8. belom pernah campur dengan sotong...biasa dengan udang je....boleh la rietta cuba lepas ni...

    BalasPadam
  9. Sambal tumis sotong bolehlah bedal CH tapi bab petai tu, kena susun tepi pinggan. Tapi kalau saya ni lagi afdallah kalau takda langsung petai tu sebab saya tak makan petai dan bau petai tu memang buat saya kurang selera nak makan. Maklumlah sayakan Melayu campuran kekdahnya ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)