JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 9 Januari 2013

RANGSANG ANAK RAJIN BELAJAR ^___^

Assalamualaikum dan salam sejatera semua... 

Bila saya dan en suami ambil keputusan menukarkan sekolah kedua orang kakak ni... kehidupan mula berubah... banyak masa yang dicuri huhuhu... dahulu saya ambil kesemua anak saya dalam pukul 5.15ptg dan sampai rumah lebih kurang pukul 5.30pm... jadi sempatlah saya nak masak bagai... sekarang kehidupan berubah 360 darjah huhuhu... 

Apa taknya kak Nabilah sekolah pagi dan kak najeeha sekolah petang... Pada hari Isnin, Selasa dan Khamis kelas habis pukul 6.30pm... lama kita orang kena menunggu dari 5.30pm hingga 6.30pm lebih kurang 1 jam jugalah.. kalau saya nak balik rumah hantar budak 2 orang ni tak berbaloi juga.. nak pergi balik.. satu hal.. ye tak ye tunggu kan juga lah :P


Hari Isnin parking dekat sikit dengan surau ni.. so boleh  suruh kakak buat kerja sekolah sementara tunggu Jeeha habis sekolah... hahaha tengok tu sambil menyangkung kakak buat kerja sekolah...


Hari selasa, parking dah penuh dekat surau tu.. so kena parking jauh... kakak yg gigih utk membuat home work buat dalam kereta jer... aduh kesian kakak... semoga anak-anak saya tabah dengan perubahan ini  :p

Saya cuba google cari macam mana saya nak rangsang anak saya rajin belajar... jadi saya jumpa artikel ni... menarik.. so saya kongsikan untuk sahabat semua :D semoga bermanfaat...

RANGSANG ANAK RAJIN BELAJAR


SOALAN yang sering ditanya kepada saya ialah bagaimana mahu menjadikan anak-anak rajin belajar?
Ibu bapa pasti gembira apabila anak pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang, kerja sekolah disiapkan tanpa perlu disuruh dan rajin mengula-ngkaji pelajaran.
Namun, melahirkan anak yang bersikap begitu adalah sukar. Yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak, tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah.

Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan malah bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu berputik dan menjadi tabiat mereka. 




Berikut beberapa perkara yang perlu kita lakukan:

1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya. Sebagai ibu bapa, keperluan anak seperti buku tulis, buku tambahan, soalan-soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensil dan pemadam perlu diperhati dan disediakan.

Bagi kita, beg yang koyak atau baju yang hilang butang hanya perkara remeh tetapi bagi sesetengah anak, ia perkara besar. Ada ketikanya menjadi bahan ejekan rakan. Oleh itu, sentiasa semak keperluan belajar anak dan pastikan lengkap.


2. Semak beg anak-anak kita dari semasa ke semasa. Kenapa perlu? Sebab apa-bila semak, kita tahu selama ini anak-anak menyiapkan kerja sekolah atau tidak. Mungkin ada surat-surat penting dari pihak sekolah kepada kita.

Ada kalanya kita menemui sesuatu yang tidak disangka seperti pemetik api, rokok dan bahan lucah. Dengan menyemak beg anak, kita memastikan anak-anak tidak hilang fokus terhadap pelajaran.


3. Sentiasa meletak jangkaan bahawa anak boleh berjaya. Ramai ibu bapa yang memandang rendah kebolehan anak-anak mereka.

Ada yang tidak membelikan buku-buku tambahan atas alasan bukan anaknya suka membaca. Ada menolak dari memasukkan anak mereka ke program motivasi atas alasan bukan anaknya boleh berubah.

Malah, ada yang merasakan anak mereka bukan boleh cemerlang pun dalam pelajaran.

Sikap ibu bapa inilah yang merugikan anak-anak. Anak-anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

Ibu bapa dalam kategori ini tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam membimbing anak-anak dan sentiasa percaya bahawa pasti ada cara terbaik bagi membantu mereka.

Pendekatan mereka dengan anak-anak sentiasa kreatif dan fleksibel bagi merangsang minat anak belajar.


4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain dan rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya.

Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding peraturan yang datang sepenuhnya dari ibu bapa.


5. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan yang baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar.

Ibu bapa perlu bijak memikirkan apakah bentuk ganjaran yang disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar.

Ganjaran mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan seperti ibu bapa mungkin berkata, “jika adik dapat nombor satu, ibu akan belikan adik basikal baru”.

Basikal adalah suatu objek yang boleh digambarkan dengan jelas. Kena pula
sememangnya anak kita sudah lama meminta kita belikan basikal baru, maka ganjaran pasti menaikkan kemahuannya belajar.

Sebaliknya apabila ibu bapa berkata, “Jika adik dapat nombor satu, ibu akan berikan satu hadiah yang mahal dan sesuatu yang adik sangat mahukan,” tidak membawa apa-apa erti kepada anak dan tidak mendorongnya belajar. Sebab anak tidak mampu menggambarkan.


6. Cari peluang memuji anak. Cuba kita menjadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila kita memerhatikannya, pasti ada banyak peluang kita memuji secara positif.

Puji anak ketika dia melakukan sesuatu yang betul. Puji juga anak apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaiannya.

Dengan memuji, anak tahu apa yang kita suka dan berusaha mengulangi tingkah laku atau perbuatan itu di masa depan.

Jika selama ini anak tidak pernah mahu belajar kecuali apabila disuruh, tetapi hari ini secara tiba-tiba dia mengulangkaji tanpa perlu diberitahu maka pujilah dia.


7. Masukkan dia ke program motivasi. Pengalaman saya selama 16 tahun menjalankan program motivasi mendapati ramai anak-anak yang memerlukan dorongan pihak ketiga untuk bersemangat belajar.

Ada ketikanya mereka mahu belajar tetapi tidak tahu cara, tidak tahu di mana mahu bermula, merasakan terlalu banyak yang perlu dibaca, sukar menghafal dan mengingat, kerap hilang fokus atau mengantuk.

Semua masalah itu boleh diatasi apabila mereka hadir ke program Motivasi Alihan Pelajar.

MAP Training & Consultancy Sdn Bhd akan menjalankan Seminar Motivasi Alihan Pelajar selama dua hari di Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban dan Singapura.

Program ini memberikan peluang kepada anak-anak untuk meningkatkan estim diri, kemahiran sosial, kualiti kepimpinan dan kemahiran belajar.

Hubungi pejabat MAP di talian 03-22734622, 016-5580719, 05-3134622 atau 016-5580619 atau layari laman web, www.laman-map.com untuk maklumat lanjut.


12 ulasan:

  1. betul tu kak yati...anak2 memang memerlukan rangsangan dari ibu bapa....baru anak berjaya dalam kehidupannya.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Yan... semangat dari kita yg membuat mereka bersungguh-sungguh belajarkan :D

      Padam
  2. memang betul apa yg yati perkatakan... ibu bapa adalah role model & wajib bagi ransangan pada anak2 utk rajin belajar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak ratna.. anak2 sekarang perlu dirangsang baru bertindak... dah kewajipan ibu bapa membentuknya kan kak... amanah dari Allah utk kita... supaya tabah menghadapinya :D

      Padam
  3. Bagus nya tip ni kak..nanti boleh appy kat Pa'e..:)
    Tq sharing...

    BalasPadam
  4. bagus yer anak akak...kat mana2 pun boleh buat kerja sekolahnya...

    insya-Allah cara akak nih akan PM praktikan pada Mifz kelak bila dia dah besar sedikit...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga PM dapat pratik kan nya ... semoga kita sama-sama berjaya dalam mendidik anak2 ni :D

      Padam
  5. kejayaan anak2 thn lepas menaikkan semangat saya...thn ni kena lebih tekun lagi...insya allah

    BalasPadam
  6. rajin kakak buat homework... lagi satu rasanya beri ganjaran pada anak-anak bila dah siap homework.. mcm yg cikgu kat UK praktis, mereka suka beri stiker kat anak2... tu pun anak2 bukan main gembira bila dapat stiker... kat rumah pula saya apply kaedah 10pence... setiap kali baca buku, saya bagi anak2 10 pence :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum.. salam kenal juga... terima kasih kongsikan info mcm ni.. maklumlah anak sy pun dah mula tadika, semua org nak anak berjayakan..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)