JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 13 April 2016

SAMBAL KUININ... emmm dapnyaa mencolek.. :D

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Bila buat sambal kuinin ni teringat arwah abah.. abah sangat suka sambal.. dulu kat rumah di Kuang sekeliling banyak buah dari jenis rumpun mangga ni.. Buah bacang.. lagi sedap buat sambal kan.. wangi bau bacang dan kuinin ni tak boleh disorok kan.. macam  sewaktu saya menumbuk sambal ni.. "mama, potong buah mangga ye.. wangi nya" kata nabil sejurus masuk kerumah , apabila pulang dari sekolah di jemput abahnya, saya sampai rumah dulu.. jadi terus ke dapur memasak kan...


Resepi saya cukup mudah kekawan.. ikut cara arwah mak.. mak kata kalau jenis buah macam ni jangan diletak belacan nanti buah bacang atau kuinin kita akan berulat. 
En suami pun sekarang tengah berpantang makan seafood ni.. jadi tak lah dibuat sambal belacan.
Jom intai cara mudah buat sambal ni ~__^

RESEPI SAMBAL KUININ
Bahannya :-
- Sebelah buah kuinin (saya buat sikit jer)
- 1 biji cili merah - dipotong*
- 5 biji cili padi*
- Segenggam ikan bilis* (* goreng semua)
- Sedikit garam

Caranya :-
1. Goreng cili dan ikan bilis bersama sederhana masak. Kemudian angkat dan tumbuk cili dahulu, bila cili dah lumat baru masuk buah kuinin yg dipotong dadu.
2. Masuk kan sedikit garam, apabila buah kuinin dan cili dah mesra, akhir sekali baru dimasuk ikan bilis, tumbuk sederhana, jangan lumat ikan bilis tu.
3. Masukkan dalam mangkuk, siap untuk di hidang.

Berbeza arwah mak, mak suka makan kuinin macam tu ajer.. 5 biji boleh habis seorang hadap hihihi..
Sambal kuinin ni mak buat utk arwah abah ajer.. :)
Rindu pula dengan arwah berdua.. dah nak dekat puasa ni kan.. Rejab macam ni arwah mak dan arwah abah kan berpuasa hingga ke Ramadhan.. itu yg teringat bila puasa ni :(..
Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama para syuhadah dan solehin. Al Fatihah.

12 ulasan:

  1. sedapnya...yg syoknya bila dah basuh tangan still ada bau lagi. hehehe

    BalasPadam
  2. dah dekat nak puasa n raya ni mesti teringat2 aruah mak pak..cmni la kan kita yg anak yatim.huhu

    sy tak reti makan smbal kuinin..bau dia sedap..nk mkn cmtu saja pun gasnya tu kuat sgt.jenis perut tahan takpe

    BalasPadam
  3. aduh2 kak sedapnya.... bau dia semerbak harum

    BalasPadam
  4. tu dia Yati...ni betul2 mendera tekak ni...tambah2 kalau ada ulam2an..pergh..

    BalasPadam
  5. Dah musim kuinin ke yatie(biasa nya kami panggil kuini yatie)
    Sedapnya dah lama tak jumpa buah ni...memang sedap buat sambal ni.makan tengahhari regu kan dengan ikan masin dengan sayur bening...hmmm sedap.

    BalasPadam
  6. Wah..wah..!!
    Meleleh kakak dibuatnya Yati
    Kakak pun sukaaaa sangat sambal letak kuinin ke bacang ke, belimbing tak kiralah letak tomato pundah suka apa lagi macam ni. Memang membuka seleralah:)

    BalasPadam
  7. Oh, kuinin dan bacang ni favorite saya, CH! Rumah mak kat kampung dulu habis semua penjuru tanah tu ada pokok bacang dan kuinin tau. Kalau masa berbuah, memang mewah sampai tak sempat-sempat nak kutip sebab banyak sangat. Sekarang ni dah takda semua pokok tu, dah kena tebang sebab nak besarkan compound rumah mak.

    BalasPadam
  8. SAMBAL KUINI MKN DGN NASI PANAS SEDAPNYA...XGUNA BELACAN GANTI BILIS PUN SDP SGT.

    BalasPadam
  9. alamakkkk sedappppnya.... kecoq ayaq liyoq saya...hehee

    BalasPadam
  10. Aminnn...alfatihah utk keduanya...

    Kuini ke kuinin CH? Kita panggil kuini. Kecik kecik dulu selalu makan buah ni....bila dah tua ni jarang pulak nampak.
    Bab bab menyambal ni kuta kurang suka CH.....makas nak menumbuh padahal bukan susah pun kan tp tulah....kena sawan mls nenumbuk pulak haha....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)