Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 26 April 2017

SAYA ada DIA.😍


BISMILLAH

AKU BUKAN MEREKA

Mereka kata aku bodoh
Tapi aku dicerdaskan Nya

Mereka kata aku sakit
Tapi aku disembuhkan Nya

Mereka kata aku lemah
Tapi aku kuat bersama Nya

Mereka kata aku jatuh
Tapi aku diangkat Nya

Mereka kata aku hancur
Tapi aku dibentuk Nya

Mereka kata aku sedih
Tapi aku dihibur Nya

Mereka kata aku salah
Tapi aku dibenarkan Nya

Mereka kata aku berdosa
Tapi aku ditebus Nya

Mereka kata aku menangis
Dan air mataku jatuh
Tapi aku dibuatnya tersenyum,
Dan disekanya airmataku

Mereka kata aku bukan
siapa siapa
Aku NOTHING
Tapi Aku berharga dihadapan Nya

Mereka kata aku begini
Mereka kata aku begitu
Tapi Dia kata bukan begini
Dan bukan begitu

Mereka hanya menyindir
dan memandang sinis
Menonton saja dan
hanya bercaci
Serta kadang memaki

Tapi Dia tidak….
Dia selalu menjadi
penolong yang setia
Dia selalu membelai
dan memandangku
dengan Kasih Nya

Walau dunia menghimpitku
Tapi Dia selalu memberikan
kelegaan padaku

Jadi,
peduli apa aku
dengan mereka
Dan peduli apa
mereka dengan aku?

Mereka tidak mengerti
dengan apa yang
mereka perbuat
Mereka tidak mengerti
dengan apa yang mereka
kata tentang aku

Biarkan aku hidup
dalam duniaku
Dan mereka hidup
dalam dunia mereka

Kerana aku bukan mereka
dan mereka bukan aku
Kerana aku adalah aku
Dan mereka tetap mereka,

Aku punya Allah Sang Maha Pencipta
Yang tulus dan tak bercacat cela

Jadi.
Tinggalkanlah aku,
dan hiduplah dalam
dunia mereka,
dan bukan duniaku.....
Kerana aku hanya perlu
DIA yang mengasihiku

Hamba Yang Dhoif

Sumber : WhatsApp

p/s kesibukan yang melanda sepanjang april ni.. tak sempat nak BW dan nak update entri.. nanti bila free saya terjah blog kekawan ye.. terima kasih yg masih sudi singgah blog saya.

13 ulasan:

  1. HANYA KEPADA DIA BERGANTUNG SEGALANYA

    BalasPadam
  2. Ya, tahu dah CH sibuk sangat berkursus sana-sini ya ^_^

    Menarik isi entri kali ni, CH. Betullah tu, tak payah susah hati sangat fikir pasal kata-kata orang. Fikir pasal diri sendiri sudah. Allahkan sentiasa bersama kita saat kita ingat pada-Nya mahu pun terlupa ^_^

    BalasPadam
  3. Tersentuhlaa..tkde plak dpt wa yg ni.

    BalasPadam
  4. moga semuanya baik baik saja...

    BalasPadam
  5. Biasalah Ti orang bekerja...memang sebok sentiasa.
    Memang susah nak puaskan hati semua orang. Kita serahkan ajelah pada Allah kerana perancangan Allah adalah yg terbaik

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. salam pagi ahad mkcik cahaya tuuh., ;p

    BalasPadam
  8. in sha Allah, lakukan untuk kebaikan,,

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)