*TERLENA*
Dari Almarhum Pak Hamka
_Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena_
_Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi._
_Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.._
_Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan._
_Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan._
_Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?_
_Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua._
_Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat...._
_Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat._
_Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?_
_Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku._
_Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?_
_Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?_
_Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena._
Pak Hamka.
(Pujangga Nusantara)
Sumber : WhatsApp
:(
BalasPadamAduhaiii...saya lah salah sorang yg terlena tu :(
BalasPadamAllahu Akbar... moga sy bangun dari terlena T_T
BalasPadammoga kita tidak terus terlena ye kak
BalasPadamSkrg nipn cucu2 sedara panggil nenek.. ~_^
BalasPadamhuhuhu.. dah tua pun saya ni..
BalasPadamMASA SGT PNTAS BERLALU TNPA KITA SEDARI DLM JAGA APALAGI TERLENA
BalasPadamTerasa sangat ni kak..betul..PC setuju..
BalasPadamnice sharing
BalasPadamSaya minat pak hamka, se orang ahlinpolitik, se orang ulamak dan juga se orang penulis.
BalasPadam*ahli politik
BalasPadamperingatan yang menusuk
BalasPadamMendalam dan sinis sungguh puisi P. Hamka ni. Memang betul apa yg dikata. Masa begitu cepat meninggalkan kita, sedangkan kita terus leka...
BalasPadamLalai...
Terima kasih Ti kerana salu mengingatkan...
Ah, mendalam maksudnya! Rasa kelu lidah tatkala membaca. Semuanya benar belaka. Kalau usia yang diberikan pun kita masih terlena, berapa lama lagi harus kita diberi peluang?
BalasPadamKita sentiasa tak bersedia tapi bila pulak agaknya kita boleh berkata yang kita sudah bersedia?
Insaf! Insaf!