JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 3 Oktober 2017

GULAI CILI API KELI SALAI ...emm dapnya..πŸ˜†

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Dah lama saya ni tak up entri apa yg saya masak kan.. pada hal ada jer masak.. tapi tu lah kalau angin kus kus maleh tu sampai.. tak de lah cerita di blog tercinta ni... cinta lah sgt hihihi.. kelaut je mood tu.. ingat nak bangkitkan balik mood sempena Muharam ni hihihi..

Masak keli salai di dah lama hihi.. minggu sudah kot.. ada orang takut nak makan santan.. takut kolesterol tinggi.. Dr Muhaya kata santan adalah kolesterol baik yg diperlukan oleh tubuh kita.. jadi tak perlu takut makanan yg bersantan ye kekawan..πŸ˜†


Beli keli salai ni kat pasar, tidak lah saya nak menyalai bersabut-sabut dirumah tu.. ada lak dtg abam bombaπŸ˜†..
4 ekor tu RM8.00.. boleh lah tu seekor 2 hingget tu.. tinggal nak lebur dalam kuali je kan.. saya regukan dgn peria.. perghhh sedapnya 😊😊

Ehhhh.. jom intai resepi saya yang mudah ini..

GULAI CILI API KELI SALAI DENGAN PERIA

Bahannya:-

- 4 ekor keli salai (CH potong 2)
- 3 biji peria (potong ikut suka CH suka potong memanjang mcm puas je mkn😊)
- 20 biji cili api*
- 3 biji bawang merah*
- 1/2 inci kunyit hidup* (kisar bahan bertanda*)
- 1 batang serai di titik
- 1 helai daun kunyit
- 1 mangkuk santan cair
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 keping asam keping
- garam secukup rasa.

Caranya :-
1. Masukan santan cair,cili kisar,serai, daun kunyit digunting halus dan peria.

2. Masak sehingga peria lembut sedikit, kemudian masukan asam keping dan garam.

3. Akhirnya baru dimasukan ikan keli salai tadi. Keli ni kan dah salai, jadi dah masak separuh tu yg masuk akhir. Masukan juga santan pekat tu.

4. Kacau sehingga mesra dan perasa masam dan masinnya.. jika dah elok mesra kesedapannya boleh ditutup apinya.

5. Siap dihidang bersama nasi putih panas..

*SELAMAT MENCUBAπŸ˜†πŸ˜Š*

14 ulasan:

  1. rajinnya kak yati...tapi keli salai masak lemak cili api ni memang sedap
    JanjiKita

    BalasPadam
  2. sedapnya....fav ni tp tk pernh masak..mkn tau hehe

    BalasPadam
  3. Sedapnya... ikan keli saya punya kegemaran... tambah pula lemak cili api... boleh tambah nasi dua pinggan...

    BalasPadam
  4. perkkkkh ni mau mkn tak toleh kanan kiri nih... sedar2 abis nasi seperiuk... murah tu kak rm2 sekor besar ni siap salai...

    BalasPadam
  5. uih sodap ae...mcm terbau2 lemak2 santan gulai tu sampai kat sini ha. Peria tu pun my fevret jugak...

    BalasPadam
  6. Allah kak...sedapnyaaaaa. Siaplahhujung minggu ni saya terjah pasar tani.

    BalasPadam
  7. Kalau nak salai sendiri ok juga kan yatie?...sedap nya akak tak pernah lagi masak begini sebab kalau beli keli tak sabar2 dorang mk mkn ,tu yg goreng je selalu.Abang dia tak makan santan tapi kalau ada ikan atau ayam masak lemak diambil juga isinya.

    BalasPadam
  8. Kalau kami jawa JDT, keli salai r goreng leburkan dalam kuah pecel.
    ngences

    BalasPadam
  9. sedap sangat ni kak. kalau la ada oranh buatkan lagi sedap hihihi

    BalasPadam
  10. Den suko burung puyuh salai lomak cili padi omak mentuo den, campur plak ngn pucuk ubi, perghhh.

    BalasPadam
  11. yg salai tu pun dah mengancam..cicah air asam..kecur ailio..

    BalasPadam
  12. Sedapnya TI... Den ni suka je makan macam ni cuma nak masak sendiri tu yg malas haha.... Sedap ek lemak cili api letak peria?
    Tak pernah lah beli ikan salai. Kalau salai baru mesti sedapkan Ti. Bau lagi salai dia tu

    BalasPadam
  13. Abah mancing dapat banyak ikan keli...ni tgh dia kumpul utk salai...nanti nak jual katanya..masak lemak cili api campur belimbing buluh, buat sambal belacan atau goreng ikan masin...huiiiii...jahanam terus diet

    BalasPadam
  14. nampak sedap..tapi saya xpernah makan ni. huhu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)