JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 31 Mac 2018

Brownies Kukus Pandan Keju🍰

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihari sabtu..
Macam teringin pulak nak makan kek pandan ni.. lalu pulak kat wall FB.. save dulu sini.. nanti kita buat ye 😆😉


Brownies Kukus Pandan Keju
Sumber resepi : Mr Cokolat Home Made

Bahan A:
6 buji telur
200 gram gula pasir
1 sdt emulsifier-ovellate
1/2 sdt garam

B:
150 gram all purpose flour
20 gram susu tepung
20 gram tepung jagung
1 sdt baking powder
1 sdt vanila

Bahan C:
100 gram minyak masak
100 gr white cooking chocolate , cincang kasar
50 ml santan kotak+ 2 sd besar air daun pandan + 1 sdt pandan pes/perasa pandan

Cara membuat :
Siapkan loyang ( 1 loyang ukuran 18x18x7 cm atau 2 loyang ukuran 18x18x4 cm), sapu mentega dan alas kertas miyak

Siapkan bahan C, panaskan santan matikan api Masukan white cooking chocolate,kacau sampai coklat cair Masukkan minyak masak. Sisihkan.

pukul bahan A sampai mengembang, dengan mixer pada kelajuan tinggi. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diayak dengan kelajuan paling rendah. Tuang bahan C, kaup balik dengan spatula hingga rata dan sebati

Tuang dalam loyang dan kukus hingga masak. Jika menggunakan 1 loyang dgn tinggi 7 cm, masukkan 1/2 adunan kukus 10 minit, tuang lagi adunan dan kukus lagi selama 30 minit. Jika menggunakan 2 loyang dengan tinggi 4 cm, kukus masing2 20-30 minit.

Setelah masak, segera keluarkan dari kukusan. Keluarkan dari loyang. Biarkan sejuk dengan masih ada kertas minyak. Setelah sejuk baru kelupas kertas minyak.

taburkan Keju diatas

9 ulasan:

  1. Dapnya...CH...buatlah...hee..hee...

    BalasPadam
  2. sedapnya kak...kalau buat nak minta sikit hehehe

    BalasPadam
  3. compom sedap ni kak... tgk resepi mcm cerewet trs tak jd nk bt hahahha... tkt buat kang tak jd... frust kak

    BalasPadam
  4. ehm sedap gayanyer ... tapi nak mencuba bak kata dana takut tak jadi frust pulak..

    BalasPadam
  5. Kalau dah buat iklan je kat wall, mau lelama tak geram kan Ti!
    Den lamo dah tak mengekek... Nak buek mcm membazir je, senang kita contractkan ajelah pada kedai yg mmg dah pakar hihi...

    Nampak lembut kek tu Ti ...

    BalasPadam
  6. Salam...nampak cam sedap...mesti lembut dan wangi bau pandannya. Nanti buat lah...

    Ntah kalian masih ingat tak lagi ngn bunda...maklum dah lama tak bersiaran.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)