Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 8 Ogos 2014

Syawal Day 6 :: OPEN House Puan BLOG ... menu MEE KARI KETAM.. eemmmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan...
Semoga sihat dan ceria serta didalam rahmat Ilahi :)

Kak alang dan Nurin orang pertama sampai.. so menikmati dulu jamuan..
Pada hari sabtu , syawal ke 6 saya pulak buat jamuan raya untuk adik beradik saya di Shah Alam, pepagi saya dah pergi ke pasar basah SS16 tu, gelap lagi hari hahaha pukul 6.45am saya dah smpi ke pasar, tengok orang pun dah ada.. satu peniaga  jer yg jual ketam, menu utama saya adalah mee kari ketam..

Tengok tu , anak tuan rumah pun sama menjamu mee kari ketam ni..
Orang pertama yg datang adalah kak lang saya dan anaknya Nurin, abg lang dan dua anak lelakinya kerja.. so tak dapat nak datang.. "Sedap betul mee kari ketam Mak Cik ni" kata Nurin.. 

Selepas tu, adik saya uda datang dengan keluarga dan mak n abah, mak nak makan mee kari dulu, suami uda ni nak makan nasi, saya ada juga masak lauk juga..


En suami dengan abah mertua makan nasi, elok lak gambar sama menceduk lauk tu :)
Kemudian adik saya Itam datang bersama 4 buah kereta, tak sempat saya ambil gambar ipar duai adik saya ni, sebenarnya mereka konvoi raya, jadi saya kata tak apa, bawa mereka sama, saya masak banyak, insyaAllah cukup, adik saya itam ni takut kalau tak cukup, alhamdulillah cukup mereka semua makan



Saya jamu juga mereka dengan buah-buahan yg diambil dari kampung tu hari.. rambutan, manggis, mangga, dokong.. tak lupa juga kuih tepung gomak dan bubur pulut hitam dengan nangka.. sedap sangat.. ipar duai adik saya suka dengan bubur pulut hitam dengan nangka.. tak pernah makan  masak dengan nangka ni katanya..

Lauk sampingan saya Sambal Tumis Udang dan Bendi goreng ikan bilis versi podeh :)

Last sekali sessi menderma pulak.. hahaha pandai kak nabilah, itu hari balik kampung dia bawa balik tabung derma sekolah ugama nya tu.. dapat banyak juga di kampung en suami tu.. sekarang disini pulak.. Pak itam kata okey.. pak itam derma untuk satu keluarga pak itam.. uwan dan mak alangnya pun menderma sama hahaha.. Nabilah suruh isi nama setiap anggota keluarga.. biar penuh kad derma tu katanya..


20 ulasan:

  1. wah kak..sedapnya mee ketam

    menu pun byk..memang puas makan tu

    BalasPadam
  2. mee kari ketam pasti sedap dan special Nur, puas sedara yang datang. Buah-buahan menyegarkan pun ada..

    BalasPadam
  3. seb baik xde gambo mee ketam...duk terbayang2 dah ni...ngeee

    BalasPadam
  4. Bila pulak nak ajak OKje makan kari ketam ni?hehe....
    Seronokkan CH dapat menjamu...org yg dijamu lagilah seronok dpt makan ketam hehe

    BalasPadam
  5. mee kari ketam..JM belum pernah makan...kalau rajin kak Yati kongsi lah resipi :-)
    Nak buat open house tapi tak pandai masak huhuhu

    BalasPadam
  6. wahhh dengar ketam dah terbayang manis2 kuahnya tu kak..
    skang zee kena pantang dulu seafood..gatal2 lagi..

    BalasPadam
  7. mmg puas hati la ipar duai yg dtg menjamu selera ni, ya CH..mmdappnyaa..

    BalasPadam
  8. sedapnya...meriah pulak tu. sy seram nak masak byk2 tk pandai masak katakan. mmg tabik spring la kak yati

    BalasPadam
  9. Puas hati kalau memasak banyak tetamu yg dtg pun ramai dan suka.
    Kakak pun tak pernah masak pulut hitam + nangka. Lain kali kakak nak cuba.

    BalasPadam
  10. Bestnya penuh tabung derma tu .. bagus ada yang baik hati macam tu kan.. tapi budak2 skrg biasanya malu nak minta..

    Berkenannya tgk ketam tu..ramai memuji pasti sedap sangat tu..buah2 pun sedap tu.

    BalasPadam
  11. Wahh meriahnyaa.. sedap tuh mee kari..

    BalasPadam
  12. Meriahnya kak. Menu suma sedap².

    BalasPadam
  13. Meriah suasana dengan mee ketam tu .. selamat hari raya :D

    BalasPadam
  14. Mesti sedap dan mengancam mee kari akak tu.

    BalasPadam
  15. Acik pun belum pernah makan mee kari ketam ni yatie..mesti sedap sangat ni kan

    BalasPadam
  16. menyelerakan sungguh tgk ...

    BalasPadam
  17. aduhaiii sedapnya Nur...terliur tengok..huhu

    BalasPadam
  18. kakkk byk le akak masak mee kari ketam tu kak yeak...hebat laa akak...lieya kalo kene masak byk2 gitu mauu menangis peluk dapur haahhhahah....

    alhamdulillah murah rezeki akak ikhlas jamu tetamu..tetamu pun hepi kan....dah le menu utama sedap2....desssert buah2 plak ....uihh mmg tersandar masing2 lepas mkn usap perut kekekeekekek

    BalasPadam
  19. Kalau saya nak buat open house mahu kalut walaupun setakat nak jemput adik beradik je. Selalu je telefon kakak sulung minta tolong itu, ini. Wah, mesti tetamu semuanya gembira dapat makan mi kari ketam sebagai juadah utama. Ada buah-buahan lagi, memang rasa macam tak nak balik rumah jek!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)