Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 24 November 2015

Wahai ibu-ibu sekelian berhati-hatilah dgn doa anda... Sedihnya baca.. :(





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sekadar perkongsian bersama :-

Hati-hati menjaga lisanmu wahai ibu... !!! 😭😭😭😭😭

كنت في يوم من الايام انظف بيتي وجاء ابني وهو طفل واسقط تحفة من الزجاح فانكسرت
Suatu hari, saya sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelaki saya datang, dia masih kecil waktu itu. Dia telah menjatuhkan satu hiasan yang terbuat dari kaca, dan pecah.

فغضبت عليه اشد الغضب لانها غالية جداً واهدتني اياها امي فأحبها ، واحب ان احافظ عليها ...
Saya benar-benar marah ketika itu. Kerana hiasan itu amat mahal harganya. Ibu saya telah menghadiahkannya dan saya amat menyukainya, maka saya menjaganya dengan amat baik...

ومن شدة الغضب دعوت عليه قلت :
( عسى ربي يطيح عليك جدار يكسر عظامك )
Kerana terlalu marah, saya melontarkan kata-kata: "Semoga kamu tertimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur!"

مرت السنين ونسيت تلك الدعوة ولم اهتم لها ولم اعلم انها قد ارتفعت الى السماء ...
Beberapa tahun berlalu, saya lupa akan doa itu, saya pun tak menganggapnya penting, dan saya tidak tahu bahwa ternyata doa itu telah naik ke atas langit...

كبر ابني مع اخوانه واخواته ..
وكان هو احب ابنائي الى قلبي ؛
اخاف عليه من نسمة الهواء ...
ويبر فيَّ اكثر من اخوانه واخواته ...
درس وتخرج وتوظف واصبحت ابحث له عن زوجة
Anakku lelakiku itu dan saudara-saudarinya yang lain semakin besar. Rasanya, dialah yang paling saya cintai dari anak2ku yang lain. Dialah yang paling saya khuatirkan. Dia pula yang paling berbakti kepadaku dibandingkan saudara/i nya yang lain. Dia telah tamat belajar, bekerja, dan sudah waktunya untuk saya mencarikannya pasangan...

وكان عند والده عمارة قديمة ويريدون هدمها وبناءها من جديد
Ayahnya memiliki sebuah Bangunan tua yang hendak diubahsuai dan dibangunkan dgn bentuk baru.

ذهب ابني مع والده للعمارة وكان العمال يستعدون للهدم
Maka pergilah anakku bersama ayahnya ke Bangunan itu. Para pekerja sudah siap-siap untuk pengubahsuaian.

وفي منتصف عملهم ذهب ابني بعيداً عن والده ولم ينتبه له العامل فسقط الجدار عليه ..
Ditengah-tengah aktiviti mereka, anakku pergi agak jauh dari ayahnya, para pekerja tidak mengetahui bahwa dia ada disana, bangunan yang sengaja dirobohkan untuk diubahsuai itu jatuh menimpanya...

وصرخ ابني ... ثم اختفى صوته ...
توقف العمال ، واصبح الجميع في قلق وخوف ...
Anakku berteriak hingga suaranya tak terdengar lagi. Semua pekerja berhenti. Mereka ketakutan! Mereka khuatir!

ازالوا الجدار عنه بصعوبة وحضر الاسعاف
ولم يستطيعوا حمله لانه اصبح كالزجاح اذا سقط وتكسر ...
Mereka cuba dengan payah untuk angkat dinding yang menghimpit anakku itu dengan susah payah dan segera memanggil ambulans. Mereka tidak dapat memegang badan anakku. Ia remuk. Seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping...

حملوه بصعوبة ونقلوه للعناية ...
وعندما اتصل والده ليخبرني
كأن الله اعاد امام عيني تلك الساعة التي دعوت فيها على ابني وهو طفل ... وتذكرت تلك الدعوة ...
Mereka membawanya dengan amat pahit dan segera memindahkannya untuk pertolongan lebih lanjut.. . Ketika ayahnya menghubungi saya untuk mengkhabarkan hal itu, seakan Allah menghadirkan kembali apa yang telah saya doakan untuknya dahulu ketika ia kecil...

بكيت حتى فقدت وعيي ..
واستيقظت في المستشفى ... وطلبت رؤية ابني ...
Saya menangis hingga jatuh pengsan. Ketika sedar, saya berada di hospital.. Dan saya meminta untuk melihat anak saya...

رأيته ، وليتني لم اره في تلك الحالة ..!
رأيته وكأن الله يقول :
هذه دعوتك ... استجبتها لك بعد سنين طويلة ؛لأن دعوة الوالدين مستجابة ... والان سأخذه من الدنيا
Ketika melihatnya, ah! Andai aku tidak melihatnya dalam keadaan sebegitu... Saya melihatnya, seakan-akan Allah berkata "nah, ini doamu kan? Sudah saya kabulkan setelah sekian lama; doa orang tua itu mustajab, dan sekarang Aku akan mengambilnya..."

وفي تلك اللحظات توقف جهاز القلب ...
Ketika itu, jantung saya seakan-akan  berhenti berdetik...

ولفظ ابني انفاسه الاخيرة ..
Anak saya menghembuskan nafas terakhirnya...

صرخت وبكيت وانا اقول :
Sambil berteriak dan menangis saya berkata:

ليته يعود للحياة .. ويكسر تحف البيت جميعها ...
Andai dia hidup lagi! Tidak mengapa jika dia hancurkan semua perabut rumah...

ولا افقده ..
Asalkan saya tidak kehilangan dia...

ليت لساني انقطع ولا دعوت عليه تلك الدعوة ..!
Andai saja lidah saya ini terpotong dan tidak mendoakannya sebegitu!

ليت وليت وليت ولكن .......... ليتها تنفع كلمة •• ليت ••
Andai... Andai... Andai... Tetapi, andai kalimat 'andai' ini berguna...

رسالتي لكل ام :
لاتتسرعين في وقت غضبك بدعائك على ابنك ...،
Risalah kepada para ibu: jangan terburu-buru mendoakan anakmu ketika sedang marah...

استعيذي بالله من الشيطان ... وان اررتي
ولكن لاتدعين عليه ...
فتندمين كما ندمت ""
Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan,... Jika kamu ingin memukulnya, pukul daja, tapi jangan mendoakannya macam-macam, sehingga kalian akan menyesal seperti saya...

اكتب لكم هذه الكلمات ودمعاتي تسبق كلماتي ...
Saya menuliskan ini dengan airmata yang basah membanjiri..
.
ليت روحي تلحق روحك يابني واستريح من هذا الالم الذي اعيشه بعد وفاتك ...
Andaikan ruhku pun turut bersamamu, nak. Hingga saya dapat beristirahat dari kepedihan yang saya rasakan sepeninggalmu...

قصة مؤثرة ..
ارجو نشرها لجميع النساء
الدعوة مقبولة .. ولو بعد حين
Kisah yang menginspirasikan.

Tolong sebarkan keseluruh wanita, doa itu akan terjawab, walau setelah beberapa lama...

Coretan banyak pengajaran berhati-hati lah agar kita tidak mendoakan sebarangan kepada anak kerana mereka adalah amanah الله

والله أعلم بالصواب

P/S Saya perolehi dari wasap group semoga menjadi pengajaran buat kaum ibu semuanya..

18 ulasan:

  1. Allahuakbar..sedih pulakkk falsya...semoga falsya dpt menjaga lidah dan tutur kata..;(

    BalasPadam
  2. memang tahu keajaiban doa ibu ttp bila dah marah, kadang2 terlupa dan terlepas cakap. moga Allah memelihara akal fikiran dan tutur kata ibu spt saya ni.

    BalasPadam
  3. Allahu akhbar... sedihnya! takut bila membacanya.. DOA Ibu memang dashyat kan Kak.. selalu elak dr mengeluarkan kata2 yg tak baik pda hero sy sorang tu.. mudah2an kita selalu beringat... ya Allah...

    BalasPadam
  4. Kakak pun dpt message ini Yati
    Siap tunjuk kat anak akak kata tengok doa ibu mustajab tak mustajabnya
    Jadi jgn buat ibu doa tak baik..

    BalasPadam
  5. Sedihnya CH.....
    Bila time marah, selalunya mmg tak teringat apa yg diucapkan. Moga Allah padamkan ucapan ucapan yang tak baik yg pernah kita ucapkan kpd anak anak kita tanpa sedar, kalau adalah....huhu...

    BalasPadam
  6. Itu sebab saya sangat marah kalau puan isteri berkata yg bukan2 terhadap anak bila dia marah kerana segala kata-kata ibu adalah doa dan bila doanya dimakbulkan Allah janganlah sang ibu menyesal pulak...

    BalasPadam
  7. sedihnya baca...moga saya mampu menjaga lisan agar tidak mendoakan perkara yg tidak baik buat anak2

    BalasPadam
  8. Sedihnya baca ...
    Betul kata hainom tu ,kdgkala tak sedar apa yg terucap jika dah marah.
    Moga lidah dan mulut kita dapat doakan yang baik2 utk anak2 kita.

    BalasPadam
  9. subhanAllah..Allahu..takut PC..

    BalasPadam
  10. Mustajabnya doa ibu...
    Sbb tu bila marah sy lagi suka diam...
    Anak2 pun dah tahu yg bila saya diam, maksudnya mak dia sedang marah la tu.. hehehe

    BalasPadam
  11. Allahu Akbar...satu pukulan hebat bagi ibu2...agar berhati2 dalam mengeluarkan kata2/doa...

    Semoga kisah ini menjadi amaran kepada para ibu sekelian...

    BalasPadam
  12. Ya allah sedihnya...itulah doa ibu sgt mustajab...berhati2

    BalasPadam
  13. terdetik di hati pun walau tanpa lafaz xboleh dilakukan ibu2 terhadap anak2 mrk..redha saja perbuatan anak2 yg xkita sukai...insyaAllah dosa anak2 kita n kita diampuni Allah.

    BalasPadam
  14. se4dih sangat jika benda atau alat lebih disayangi dara darah daging sendiri..harap kita ambil iktibar..

    BalasPadam
  15. kena jaga jaga dgn kata kata.. setiap perkataan adalah doa.. sedihnya...

    BalasPadam
  16. apa yg keluar dr mulut ibu itu blh jadi doa dan doa ibu mustajab ... klu syg anak , jagalah pertuturan ...

    BalasPadam
  17. Ya Allah! Sedihnya bila membaca...

    Jadi ibu ni kena jaga tutur kata. Adakala perbuatan anak-anak memang buat kita bingit telinga dan sakit jiwa. Kalau tak sabar, memang macam-macam kata nak dilemparkan. Mujurlah ada keinsafan dan rasa sayang yang tebal untuk anak-anak. Walau apa pun, perkongsian ini membuka minda saya supaya lebih berhati-hati bila sedang marah!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)