JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 13 April 2019

PUDING SAGU PELANGI

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️

Asyik melontar kat wall FB saya, jadi save sini, nanti chef Sofea nabilah buat ye 🀩



PUDING SAGU PELANGI

Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu putih
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
3 jenis pewarna kegemaran

Cara Membuatnya
Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais.

Sumber Facebook

6 ulasan:

  1. wahhhh cantiknya kak.... sedapnya mkn time panas2 nih

    BalasPadam
  2. aaaa....ni boleh jadi resepi buka puasa ni.
    sejuk je tekak hehehe

    BalasPadam
  3. Wow warna warning Rasa lpar plak tgk

    BalasPadam
  4. Untung nya dah ada chef kat rumah..
    Main order jer skrang ni yer kak? best2...

    BalasPadam
  5. cantik kejadiannya..ada masa boleh cuba ni..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)