Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 4 Ogos 2014

SYAWAL DAY 1 :: Kegembiraan yg MELETOP Raya DIKAMPUNG sendiri :)

Assalamualaikum kekawan.. semoga sihat dan ceria :)

Rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin buat semua kekawan blogger.. hari ini saya mula berkerja setelah bercuti selama seminggu ,
Blog pun turut sama bercuti raya ehe :)
Lebih terasa meriah lembaran ni bila hari raya pertama disambut bersama mak dan abah.. pagi raya dapat mencium tangan dan pipi keduanya.. 

Menu utama kami masa raya pertama ini adalah Soto Ayam.. dimasak oleh chef Kak Andak saya.. gambar masa membuatnya tak sempat pulak nak ambil.. semua kesibukan nak menyediakan masakan..


Part saya adalah menyediakan rendang, hari tu saya sediakan rendang rusa dan rendang campur hati,limpa, paru dan daging, rendang campur ni kesukaan mak saya.. rendang rusa ni resepinya disini Rendang Daging Rusa



Dibantu oleh chef Nabil.. sibuk dia nak tolong kacau rendang tu.. saya suruh dia kacau masa mula-mula tu jer.. bila nak kering baru saya kacau pula.. masa Nabil kacau rendang ni, saya dengan en suami sibuk merebus ketupat.. tak sempat juga nak mengambil gambarnya :)




Seusai solat sunat Aidilfitri.. rombongan dari masjid akan bermula.. rombongan ni mengikut lorong rumah adalah dalam 12 rumah yg mereka pergi.. budak bertiga ni suka sangat bila turn raya rumah mak saya ni sebab suka ikut rombongan raya ni.. ditempat en suami tiada rombongan raya macam ni.. Gambar diambil oleh Kak Nabilah dah jadi tak tentu.. dgn gambar orang separuhnya jer hahaha..
Begitulah lebih kurang raya pertama kami.. sebenarnya banyak gambar nak tempek.. tapi tak tahu nak susun macam mana haha..

Raya kekawan macam mana.. tentu meriahkan :)

p/s tentu kekawan dah ada yg mula puasa enam kan.. saya ingat nak mula hari ni.. tengok ABC dah datang menjelma.. kena tangguh minggu depan pulak nampaknya :)

34 ulasan:

  1. kita pun set purple taun ni..

    BalasPadam
  2. assalam...cantik baju raya..purple gitu..bsb tahun nie x ada tema..campur2

    BalasPadam
  3. Bertema warna purple yer T...Selamat Hari Raya Aidilfitri T..Maaf zahir Batin...

    BalasPadam
  4. salam aidilfitri =)

    meriah nyer hari raya sis =)

    BalasPadam
  5. wahh..siap ada rendang rusa.. menarik sungguh..

    selamat hari raya kak.. maaf kalau ada terkasar bahasa..

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Raya kak Yatie..tgk pun dah tahu mmg meriah raya nyer..JM nyer raya biasa2 je..gambar pun tk ada huhuh

    BalasPadam
  7. ahkak... meriahnya sekeluarga kaler purple. saya tak menyempat pun nak bergambar...sibuk ngalahkan boss

    BalasPadam
  8. Selamat hari raya dari Ros sekeluarga :) meriah raya bila terima kunjungan kan... Ros start hari ni puasa. Moga dipermudahkan...

    BalasPadam
  9. selamat hari raya k.yatie……sedondon purple ye tahun ni. btw meriah beraya d kampung. huhu!!!kami xbalik kg thn ni, sedih

    BalasPadam
  10. sama macam saya. time sibuk sibuk dengan family tak sedar byk gmbr yg tak sempat nak snap hihi..soto dan rendang tu nampak sedap!! :)

    BalasPadam
  11. gambo sekeluarga tu y penting..hihi..rendang rusa..sedpnyer...

    BalasPadam
  12. Selamat hari raya kak yati...cantik gambar akak sekeluarga.

    BalasPadam
  13. cantiknya tema purple kak.. semangat raya namanya hehe

    BalasPadam
  14. selamat hari raya.. nampak meeriahnyer.. sebabnyer sayani rendangpun orderjer... ha.. ha... baguih punya rayakan... teringat nak memasak cam dulu2 tapi tuler cam der masalah teknikaljer so orderjer senang...
    tapi tuler mengenangkan anak2 kuranglah dpt merasai kemeriahan hari raya mcm orang lainler pulak...
    selamat hari raya... mohon ampun dan maaf.. terimakasih sudi singgah blog walaupun suam2 jer blogtu...

    BalasPadam
  15. wah tema purple.. cantik2 manis2 hensem2..hihi.. :)

    BalasPadam
  16. Selamat Hari Raya..maaf zahir batin :)
    Serba unggu ya tema tahun ni..
    Soto ayam tu sedap..ada bergedil tak?
    Rendang rusa lagi lah rare! rugi tak dtg raya ke sana..kalau takboleh saya makan rendang rusa...hihihih

    BalasPadam
  17. Amboi nabil panjangnya tangkai sudip tu. Takut panaslah tu ye:)
    Ada hati nak membantu tu Yati dah cukup baik. Masa ini semua kena sama-sama buat baru seronok.

    ps: cantik sedondon purple!

    BalasPadam
  18. selamat hari raya yatie...
    seronok kan masih ada orangtua lagi bila hari raya macam ni...bertuah yatie masih dpt mencium tangan ayah dgn emak ...

    BalasPadam
  19. salam aidil fitri, seronok kan sesekali dapat berkumpul, masak sesama n mkn sesama...ia akn jd kenangan yg indah...

    BalasPadam
  20. ramai gak perasan kawan2 tema pepel tahun ni.. cantik.. siap dah plan tahun depan nyer raya nak pakai tema pepel pulak.. hover kan.. heheh.. neway.. meriah raya... :)

    BalasPadam
  21. Selamat hari raya kak :)
    Akak pun masih menganyam ketupat ye? Susah dah nak jumpa skrg kan... Semua buat nasi himpit je... Mak saya pun buat, tapi sikit je, cukup syarat je... ade la dalam 50 biji setiap tahun :)

    BalasPadam
  22. Salam eidukfitri yatie..bukan masa masak je tak sempat ambik gambar yatie
    Kadang masa tetamu datang pun tak sempat

    BalasPadam
  23. sedapnyaaaa rendng campur2 tuu

    BalasPadam
  24. Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin buat Yatie sekeluarga...

    BalasPadam
  25. selamat hari raya maaf zahir dan batin ... rajin nabil tolong kat dapur ringan tulang bujang ni...

    BalasPadam
  26. Marhaban rumah kakak di kampung jatuh raya ke-3. Saya dah selamat kembali ke Kuala Lumpur. Raya tahun ni macam biasa je. Takda teruja mana, cuma untuk anak-anak sahaja yang teruja lebih. Excited lebih sebab dapat cuti seminggu je :)

    BalasPadam
  27. kampung saya pun ada rombongan macam ni

    BalasPadam
  28. wahh cantek! meriah! makanan sedap!
    selamat hari raya kak!

    BalasPadam
  29. Tajuk tak mengingat tu hehe.... kegembiraan dikg sendiri hehe....
    Cantik awak sefamily CH...ungu..... lembut jer nengoknya.
    Rendang campur campur mesti bestkan CH...lebih lagi ada paru dan limp...sedap tu!

    BalasPadam
  30. Meriahkan kalau dapat berkumpul ramai ramai ni kan.

    BalasPadam
  31. amboi chef nabil...mengacau sambil merasa ke? hehehehe...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)