Doktor mencadangkan saya untuk membuat pembedahan kecil tetapi saya menolak pada waktu dan meminta untuk di buat fisioterapi, dimana seluruh jari hingga ke pangkal lengan akan di rendam bersama ubat yang seperti kanji.. dan ianya akan mengeras seperti lilin.. Disamping itu doktor menyuruh saya memakai alat sokongan ini untuk menggunakan mouse dan keyin data di komputer. Ialah kerja dari 8am - 5pm itulah kerja saya dengan komputer, tambahan sudah hampir 17 tahun bekerja tentu ada kesan sampingan yang saya hadapi.
Inilah alat sokongan pergelangan lengan yang saya guna
selama 3 bulan
Ada adik dipejabat saya telah melakukan pembedahan tersebut. Apabila saya bertanya keadaan beliau selepas pembedahan itu. Adik tu kata " tiada apa perubahan kak, saya nasihatkan akak tak perlu lah buat pembedahan itu, pembedahan tu dah mahal, hampir RM3000" Itu yang membuat saya mencari rawatan alternatif. Alhamdulillah bila en suami berjumpa dengan cream auralife ini dan saya menggunakannya sampai sekarang. Alhamdulillah rasa kebas tu dah hilang. (Kak rose cream ni memang untuk kecantikan Aura Shaping & Beauty Lotion) tetapi di sebabkan ramuan yang sesuai dan rasa panas itulah yang membuat kebas itu hilang. Gunanya letak di pergelangan tangan itu, selawat syifa 3 kali kemudian gosok sebanyak 7 kali mengikut pusing tawaf iaitu dari kanan ke kiri, selepas itu hidu aura itu sebanyak 3 kali. Insyallah..
Disamping itu saya mengamalkan minum madu khaula ni.. kalau kita nak makan macam tu ambil satu sudu besar (guna sudu plastik) setiap pagi. Saya pula campurkan dalam air 500ml dengan satu sudu besar madu khaula tu...
| Ihsan google |
SEDIKIT INFO
Carpal Turnel Syndrome
Penyakit yang dikatakan penyakit yang sentiasa menyerang Blogger,Multimedia designer, ataupun pengguna komputer tegar, akibat dari salah cara penggunaan Mouse secara berterusan atau seumpamanya.
Gambar bagaimana menggunakan mouse dan komputer yang betul. Harap kita menggunakan posisi yang betul ye kawan-kawan :D



Sumber gambar info : Blog biru malam
p/s Kak Rose tinggal di Shah Alam dimana ? Saya tinggal di Desa Alam, SS U12 Shah Alam. Kalau kak rose nak cream ni saya boleh beri... nanti kak rose email no handphone kak rose pada saya di cahaya2569@gmail.com :-))




