JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Kekal lembut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kekal lembut. Papar semua catatan

Selasa, 17 November 2015

ROTI JALA PANDAN SENTIASA LEMBUT

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Saya buat roti jala ni pada petang sabtu tempohari.. sebabnya kan saya masak kari daging (entri semalam) jadi utk minum petang tu saya buat lah roti jala ini. Resepi saya ambil dari Kak Rose .. My Kuali tu.. kata Kak Rose roti jala ini akan sentiasa kekal lembut sampai ke petang. Ternyata benar sebabnya,en suami dah balik lewat petang tu, bila dimakan masih lembut roti jala tu..

RESEPI ROTI JALA PANDAN

Bahannya :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar ( saya guna santan cair)
  • Sedikit pewarna kuning ( saya guna pes hijau pandan)





Caranya :-
Blend semua bahan di atas sehingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala.

Saya masukan kedalam botol roti jala ni senang.. tak perlu nak senduk-senduk dan tak ada lah menjejes tepung tu kan.. :)


Saya guna kuali non stick teffel ni senang tak payah guna minyak.. tapi kalau nak jala di kuali biasa pun boleh.. letak minyak sedikit dalam kuali tu dan jalakan.. pastikan kuali tu tak melekat lah ye..
Lepas jala atas kuali tu biarkan sebentar, tak perlu diterbalikan kerana yg atas tu dah masak jika tiada tepung cair tu lagi..

Kemudian angkat dan gulung, saya lipat empat segi sebab saya menjala buat bentuk empat segi bukan bulat.


Apa lagi kita hidang dan makan lah bersama kari daging/ayam ke..
Petang tu ada kak Nabilah balik Madrasah lepas asar , sampai dirumah terus makan.. lapar katanya.. dah makan roti ni tiga keping, pergi pulak mencari nasi..
Aduh lapar sungguh budak duduk asrama ni kan kekawan.. :D