JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Roti Jala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti Jala. Papar semua catatan

Selasa, 2 Februari 2016

SERAWA DURIAN Sahabat Dia ROTI JALA ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Buat serawa durian ni dah lama kot.. hehehe tengok tu sampai tak ingat.. dah elok jer duduk entri ni dalam draf tu yg sampai tak ingat tapi nak juga up entri ~__^
Durian ni pun beli sebab Nabil nak sangat makan durian.. tengok ada pulak orang menjualnya, pastu disetengah-setengah tempat dah ada musim durian kan..
En suami pun suka serawa durian ni, kekadang dia hirup jer kuah dia macam tu jer.. en suami kata dia kenal serawa durian bila kahwin dengan saya hehehe..
Dulu arwah mak dia buat lempuk jer.. dia tak berapa suka sangat tapi dia suka dodol durian yg arwah mak dia buat..
Kekawan nak resepi boleh ambil disini SERAWA DURIAN

Selepas tu sahabat serawa durian ni kita gandingkan dengan roti jala.. lagi sedap laju je menyuap  ke mulut roti jala ni .. tengok2 dah 5 keping masuk ke mulut... :)


Kali ini di jala sepenuhnya oleh Cef Nabilah.. jadi macam2 versi lah yg dibuatnya, ada yg bulat ada yg empat segi.. saya tengok kan aje.. pembantunya si Najeeha dan Nabil.. kecoh kat dapur tu bila Nabil pun join sama :D
Sesekali mereka suka kan buat lain dari yang lain jadi mereka akan explore lah sepenuhnya..
Nak resepi boleh ambil di sini ROTI JALA saya suka resepi ni sebab dia lembut sampai kepetang.. kalau simpan dalam peti ais, esoknya panaskan kat microwave masih lagi lembut..

Selasa, 17 November 2015

ROTI JALA PANDAN SENTIASA LEMBUT

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Saya buat roti jala ni pada petang sabtu tempohari.. sebabnya kan saya masak kari daging (entri semalam) jadi utk minum petang tu saya buat lah roti jala ini. Resepi saya ambil dari Kak Rose .. My Kuali tu.. kata Kak Rose roti jala ini akan sentiasa kekal lembut sampai ke petang. Ternyata benar sebabnya,en suami dah balik lewat petang tu, bila dimakan masih lembut roti jala tu..

RESEPI ROTI JALA PANDAN

Bahannya :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar ( saya guna santan cair)
  • Sedikit pewarna kuning ( saya guna pes hijau pandan)





Caranya :-
Blend semua bahan di atas sehingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala.

Saya masukan kedalam botol roti jala ni senang.. tak perlu nak senduk-senduk dan tak ada lah menjejes tepung tu kan.. :)


Saya guna kuali non stick teffel ni senang tak payah guna minyak.. tapi kalau nak jala di kuali biasa pun boleh.. letak minyak sedikit dalam kuali tu dan jalakan.. pastikan kuali tu tak melekat lah ye..
Lepas jala atas kuali tu biarkan sebentar, tak perlu diterbalikan kerana yg atas tu dah masak jika tiada tepung cair tu lagi..

Kemudian angkat dan gulung, saya lipat empat segi sebab saya menjala buat bentuk empat segi bukan bulat.


Apa lagi kita hidang dan makan lah bersama kari daging/ayam ke..
Petang tu ada kak Nabilah balik Madrasah lepas asar , sampai dirumah terus makan.. lapar katanya.. dah makan roti ni tiga keping, pergi pulak mencari nasi..
Aduh lapar sungguh budak duduk asrama ni kan kekawan.. :D