Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yang baik jua hendaknya.
Malam ni kita tukar dinner kita style gerai ye.. makan kuey teow goreng ladna udah ye anak2 hihihi.. bila dah selalu balik masak nasi dan lauk pauk.. kita tukar pulak ekpress punya masak .. tak payah beriya kelantang kelentung kat dapur tu kan kekawan.. nak keluar semula mencari makan malam seperti kebanyakan yg lain tu cukup malas pulak tu.. jadi rajin + malas kita masak macam ni senangkan *__*
Resepi saya yg dulu jugak saya guna.. yg cukup cepat dimasak sedap di makan hihihi..
Meh meh tengok resepi yg yo yo yg cepat tu :D
RESEPI KUEY TEOW LADNA
Bahan-bahanya:-
Bahan A
Sebunggkus kueyteorw
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
sedikit minyak
Bahan B
3 ulas bawang putih (ditumbuk sedikit hancur)
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
5 ekor sotong (dipotong kecil)
10 ekor udang
1/2 batang lobak merah (potong ikut suka anda ye, saya potong bulat berbunga :)
kobis bunga (pun ikut suka nak letak banyak mana.. agak2 lah ye)
5 tangkai sawi (ikut suka juga)
4 biji cili padi dihiris ( saya letak kemudian sebab anak makan kan.)
2 sudu tepung jagung
500ml air
minyak bijan
1/2 kiub perisa ayam
garam secukup rasa
Cara-caranya :-
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kunig dan wangi.
2) Kemudian masuk udang dan sotong.. kacau sebentar
3) Selepas itu masukan sos tiram dan kicap, goreng sekejap, masukan air.
4) Kemudian masukan lobak dahulu, bila dah mendidih baru masuk bunga kobis dan sawi.
5) Selepas itu masukan garam mengikut rasa dan kiub perisa ayam, kemudian masukan tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan air.
6)Akhir sekali titikan beberapa titik minyak bijan.
7) Apabila nak makan baru dimasukan hirisan cili padi.. tapi jika nak makan sendiri boleh masak bersama sayuran tadi. Boleh juga buat sambal kicap.
Cara Masak Bahan A:
1) Panaskan minyak, kemudian masukan sos tiram dan kicap. Goreng sekejap lepas tu masukkan kueyteow, kacau hingga sebati.
2) Angkat dan letakan kedalam manggkuk
Ini plate najeeha .. dia tak kuat makan pedas.. nanti sakit perut katanya.. yg penting ada udang melingkau dalam pinggan tu banyak bak kato orang Melako hihihi.. tahu lah abah ko tu pun ada darah keturunan Melaka kihkihkih..