JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Resepi ketam masam manis strawberry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi ketam masam manis strawberry. Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2015

RESEPI KETAM MASAM MANIS STRAWBERRY... eemmm dapnya..




Perasan tak kat gambar  atas ketam tu ada strawberry ..
Ini gara-gara master chef Nabilah .. "Mama cuba letak strawberry kat dalam ketam sweet n sour mama ni.. sedap jugak kot"..
Kebetulan ada beli strawberry di pasar pagi tu.. budak ni jual kat bonet kereta dia jer.. 
Najeeha pulak tergoda pulak merah strawberry tu.. jadi belikan juga.. sebekas besar tu sepuluh ringgit katanya.. murah dah ..
Kata strawbeery Cameroon Highland.. jadinya ada yg masam dan ada yg manis..


Bila menjamu makan tengahari tu.. berebut lah pulak strawberry tu.. sedap katanya... ada rasa masam manis dan pedas..
Hahaha macam2 perangai anak2 saya ni kan..
Saya sebenarnya nak mencuba sambal tumis ikan bilis strawberry yg terkenal makan nasik lemak di Cameroon Highland tu..
gambar google
Kekawan yg makan sambal strawberry ni kata sedap.. jadi nak juga mencubanya.. Nanti bila saya dah buat.. saya share dengan kekawan ye..


Sekarang tengok resepi ni dulu..Jom lah intai resepi saya..

RESEPI KETAM MASAM MANIS STRAWBERRY

Bahannya :
  • 5 ekor ketam di kerat 2
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji bawang besar di hiris
  • 1/2 inci halia di hiris
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar soso tiram
  • 3 sudu besar sos cili thai
  • 5 biji strawberry di belah 4
  • daun sup dan bawang
  • garam
Caranya:
  1. Kunyit dan garamkan ketam. Kemudian goreng separuh masak. Ketepikan.
  2. Kemudian tumiskan bahan hiris hingga wangi, kemudian masukan bahan sos gaul mesra. letakan sedikit air.. kalau suka berkuah boleh letak lebih air tu.
  3. Lepas tu masukan strawberry. Kacau lagi , rasa garamnya, kemudian masukan ketam yg digoreng tadi.
  4. Tutup kuali, steamkan ketam sebentar. selepas itu baru dimasukan daun sup dan daun bawang. kacau sebentar.
  5. Siap utk dihidang.