Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 2 November 2015

RESEPI KETAM MASAM MANIS STRAWBERRY... eemmm dapnya..




Perasan tak kat gambar  atas ketam tu ada strawberry ..
Ini gara-gara master chef Nabilah .. "Mama cuba letak strawberry kat dalam ketam sweet n sour mama ni.. sedap jugak kot"..
Kebetulan ada beli strawberry di pasar pagi tu.. budak ni jual kat bonet kereta dia jer.. 
Najeeha pulak tergoda pulak merah strawberry tu.. jadi belikan juga.. sebekas besar tu sepuluh ringgit katanya.. murah dah ..
Kata strawbeery Cameroon Highland.. jadinya ada yg masam dan ada yg manis..


Bila menjamu makan tengahari tu.. berebut lah pulak strawberry tu.. sedap katanya... ada rasa masam manis dan pedas..
Hahaha macam2 perangai anak2 saya ni kan..
Saya sebenarnya nak mencuba sambal tumis ikan bilis strawberry yg terkenal makan nasik lemak di Cameroon Highland tu..
gambar google
Kekawan yg makan sambal strawberry ni kata sedap.. jadi nak juga mencubanya.. Nanti bila saya dah buat.. saya share dengan kekawan ye..


Sekarang tengok resepi ni dulu..Jom lah intai resepi saya..

RESEPI KETAM MASAM MANIS STRAWBERRY

Bahannya :
  • 5 ekor ketam di kerat 2
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji bawang besar di hiris
  • 1/2 inci halia di hiris
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar soso tiram
  • 3 sudu besar sos cili thai
  • 5 biji strawberry di belah 4
  • daun sup dan bawang
  • garam
Caranya:
  1. Kunyit dan garamkan ketam. Kemudian goreng separuh masak. Ketepikan.
  2. Kemudian tumiskan bahan hiris hingga wangi, kemudian masukan bahan sos gaul mesra. letakan sedikit air.. kalau suka berkuah boleh letak lebih air tu.
  3. Lepas tu masukan strawberry. Kacau lagi , rasa garamnya, kemudian masukan ketam yg digoreng tadi.
  4. Tutup kuali, steamkan ketam sebentar. selepas itu baru dimasukan daun sup dan daun bawang. kacau sebentar.
  5. Siap utk dihidang.

13 ulasan:

  1. 1st time dgr resepi ada ltk strawberry

    BalasPadam
  2. Saya tak mkn ketam tapi bila dgr masak masam manis tu..perh...

    BalasPadam
  3. Mmg bertambah sedap la klu ltk strawbery..kena dengan masam manis dia tu

    BalasPadam
  4. ketam nie....masak la resepi apapun tetap habis ku kerjakan.... hihihi

    BalasPadam
  5. First time melihatnya yati...
    Mna nk dpt sos stovevi tu ye...msk lomak sodap juga ni..

    BalasPadam
  6. Apakan daya.. K.Sham x blh mkn ketam.. sakit kepala.
    Mampu baca resepi saja laa..

    BalasPadam
  7. Saya tak suka makan ketam..alergik, tapi anak2 suka, nanti hujung minggu boleh cuba resepi ni..

    BalasPadam
  8. Variasi kan strawberry...best juga....

    BalasPadam
  9. kreatifnya chef Nabilah..siap tambah strawberry lagi..bijak dia kan kak.. bila makan mmg sedap plak... tak pernah makan sambal tumis ikan bilis strawberry...nak kena beli stok nti ni bila ke sana nti...

    BalasPadam
  10. Menariknye tak pernah tengok sebelom ni...tapi kalau di pikirkan memang sedap sebab stoberi dari cemeron memang selalunye agak masam kan....tak penah lagi makan sambal stoberi ikan masin yg terkonal tu....

    BalasPadam
  11. Ketam ni faveret si bongsu..... Tapi tak pernahlah pulak OKje masak buh stroberi.... Sedap ke CH? Anak anak kat rumah ni bukan boleh lain sikit kang tak dimakannya... rugi pulak.

    Ada ke jual ke CH? Tak pernah jumpa pulak sebelum ni. Nantilah mana tau naik CH nak gi skodeng Sambal Bilis Stroberi.

    BalasPadam
  12. amboiii rasa stoberiii gituuuu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)