JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Sharifah Aini meninggal... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sharifah Aini meninggal... Papar semua catatan

Isnin, 7 Julai 2014

RAMADAN 7 :: Balik juga Ke KUANG.. dan BERITA sedih kehilangan SHARIFAH AINI..

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah dah hari ke 9 kita berpuasa.. semoga terus diberi kesihatan yg baik untuk kita beribadah ye kekawan.. :)

Pada hari jumaat malam selepas berbuka, mak telefon kata abah tak sihat, hypoxia, abah kekurangan dalam gula.. abah saya ni dah lebih 20 tahun menghidap diabetis.. jadi normal gula dia dalam badan adalah dalam bacaan 6 kata doktor.. jadi mak suruh along bawa gi klinik sebab dah demam.. doktor nasihat kan jangan berpuasa sebab dah kurang air dalam badan.. 
Pagi tu saya telefon mak macam mana abah.. mak kata abah nak puasa juga , dah sahur tadi minum susu jer.. risau juga.. jadi kak ateh dan adik saya itam tu pagi dah sampai rumah emak.. pujuk abah suruh tak payah berpuasa.. tapi abah tak nak.. kata Farah anak kak teh.. "Den dah kono marah sebab suruh minum milo" hehehe..

Tak boleh jadi dah dua orang pujuk tak jalan.. jadi lepas en suami balik kerja, ajak pergi balik Kuang.. sampai rumah saya tengok abah tido di ruang tamu.. saya letak tangan atas dahinya.. rasa panas.. lepas tu abah tersedar..
 "panas badan abah" kata saya 
"den tak sihat ni" jawab abah
"kalau macam tu abah tak payah lah puasa, nanti mudarat pada abah, kan dalam kitab fekah dah kata orang tua, tak diwajib kan berpuasa" kata saya. Saya pun pergi kedapur ambil air dutchlady milo tu dan roti krim jagung..
"Nah abah minum dan makan roti ni" pujuk saya
"den puasa " katanya..
"tak payah puasa.. nanti acik bayarkan fidyah jer buat abah" jawab saya..
"tak payah den puasa" ujarnya.. Abah pun minum air dan roti krim jagung..
"minum air kosong banyak2, kan doktor semalam dah pesan, abah tak payah puasa, kalau nak puasa pun hari isnin nanti boleh mula balik" balas saya..
Lepas tu saya intai bilik emak.. emak tengah tido.. tak yah ganggu lah.. saya pun pergi kedapur utk masak.. lagi pun dah pukul 4pm..
Tengah saya masak.. kak angah pulak smpi.. ada geng saya nak masak..
Tak lama tu mak datang kedapur.. "bila korang smpi" tegur mak " tadi lagi , mak tido, malas nak ganggu" jawab saya..
"tu lah abah bangunkan emak tadi.. kata dah nak asar , den dah tak puaso dah.. suruh buka dek atie, napo ko beri tahu atie tu" katanya..
"ye lah kan abah tak sihat, patut lah acik tu suruh abah buka" balas emak..
"Dengan ko jer abah tu nak berbuka.. ateh dan itam tadi tak jalan.. dua-dua kena marah" cerita mak saya..


Masa sahur pagi tadi dapat whatsapp dari kawan mengatakkan Datuk Sharifah Aini meninggal dunia, Al Fatihah, Alhamdulillah arwah mempunyai anak soleh.. didikan agama yg diberikan dengan sempurna oleh arwahkan.. Rezeki arwahkan sehingga tiga kali solat jenazah dilakukan untuk arwah.. akhir sekali di imamkan oleh anaknya ..


Beruntung arwah mempunyai anak yg soleh .. sehingga liang lahad ibunya dihantarkan..
Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..

Jadi hari sabtu saya berbuka dirumah mak.. en suami memborong durian lagi... 8 biji RM10 sekarang ni katanya.. perghh dibelinyaRM20.. buat bubur katanya.. Tengok anak buah saya .. Adrah.. sampai duduk atas meja.. suka sangat durian ni.. smpi mak suruh beri minum air kosong dalam ruas durian tu..

Iftar kami pada hari itu..Masak bening petola, iakan siakap tiga rasa, ayam goreng berlada dan puding karamel tanpa telur (saya buat pagi tadi sementara tunggu en suami balik kerja)

Lepas berbuka saya balik semula ke shah alam..