JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label goreng ketam sweet sour. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label goreng ketam sweet sour. Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2015

ALHAMDULILLAH... Masih Mampu Untuk Menikmatinya..


Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah hendaknya..

Hari ni saya telah mula bekerja.. saya bercuti sakit sehingga Jumaat dan selama 4 hari saya warded.. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik.. terima kasih atas doa-doa kawan-kawan semua..
Semalam saya pergi kepasar pagi stadium Shah Alam.. selalu yg menemani saya ke membeli lauk ni Najeeha.. yg dua orang lagi tu suka mengikut abahnya berjalan-jalan dipasar pagi tu.. adalah yg dibeli oleh mereka.. Nabil selalu membeli mainan ajer.. Kak Nabilah pula Novel Ana Muslim tu.. Abahnya pula suka sangat cari minyak angin utk diurut di badannya..

Semasa jalan-jalan mencari ikan tu.. Najeeha pun bersuara.. "mama dah lama kita tak makan ketam, boleh tak mama beli, kita buat sweet and sour ketam"
Saya pun bersetujulah dengan cadangannya itu..
betul juga saya dah lama tak masak ketam sweet and sour tu..
Maka tengahari itu salah satu hidangan adalah lauk ni.. bertambah-tambah nasi dipinggan mereka.

Sayurannya pula saya masak goreng bendi telur pecah (resepi disini ) dan sayur park choy sos tiram.. tak ada gambar.. sebab tu masak kemudian.. masing-masing dah kelaparan..


Ini pula sup kaki ketam untuk saya.. doktor dah pesan jangan makan pedas dan masam.. jadi kalau nak digoreng utk membuat sweet sour tu pun tak berbaloi nak mengambil isinya .. sesuai sahaja utk dibuat sup saya kan..
Kakak Nabilah mengajak ke Karnival Jualan Karangkraft.. tetapi tak berkesempatan utk pergi.. jadi saya kata inshaAllah kita pergi minggu depan sebab tarikh tutup 8 November ni..
Kekawan yg tinggal di Shah Alam tentu dah ada yg pergi ke sanakan..