JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 6 Ogos 2015

RESEPI SERI AYU MUDAH

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik..

Dah lama saya teringin nak buat kuih Seri Ayu ni sendiri.. bila kawan share kat FB tengok yg ni resepi sungguh mudah..
Okay save dulu kat sini nanti kita cuba ye..


RESEPI SERI AYU
Bahannya :-
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh Ovellte
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Kelapa putih
  • Garam
Caranya :-
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukan ovellete dan pukul sehingga sebati.
  2. Kemudian masukan tepung sedikit-sedikit pukul sebati, lepas tu masukan santan, Perisa Pandan, dan pewarna hijau. pukul sebati.
  3. Sapu acuan dengan minyak, masukan sedikit kelapa yg telah digaul dengan sedikit garam kedalam acuan dan tekankan sehingga padat.
  4. Kemudian tuangkan adunan.
  5. Kukus selama 30 minit hingga masak.
  6. Keluarkan dari acuan apabila kuih sedikit sejuk.
  7. Siap utk dihidangkan.

Rabu, 5 Ogos 2015

WW :: Nak Buka Puasa dgn IKAN KELI GORENG SAMBAL SERAI.. Request En Suami *___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..



p/s Menu buka puasa hari Isnin.. Alhamdulillah dah raya semalam.. kekawan dah habis puasa enam ke :)

Sabtu, 1 Ogos 2015

PETUA UNTUK MELEGAKAN ANGIN DALAM BADAN

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmah Ilahi..
Banyak ke pergi jalan2 open house di hujung minggu ni..
Kalau tak kena makanan tu dengan perut kita.. mula lah berangin jer perut dan rasa sebu je kan.. Jom cuna petua ni yg di kongsi dari wall FB saya..




Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan
Pilihan 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.

Pilihan 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.
Pilihan 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.
Pilihan 3: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.
Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
• Kacang
• Sayuran seperti brokoli
• Kobis
• Taugeh
• Bawang
• Asparagus
• Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
• Bijirin seperti roti gandum
• Minuman ringan dan jus buah
• Susu dan produk daripada susu dan keju
• Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
a. Banyakkan minum air kosong.
b. Kurangkan udara yang anda sedut.
c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah