Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 6 Ogos 2015

RESEPI SERI AYU MUDAH

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik..

Dah lama saya teringin nak buat kuih Seri Ayu ni sendiri.. bila kawan share kat FB tengok yg ni resepi sungguh mudah..
Okay save dulu kat sini nanti kita cuba ye..


RESEPI SERI AYU
Bahannya :-
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh Ovellte
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Kelapa putih
  • Garam
Caranya :-
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukan ovellete dan pukul sehingga sebati.
  2. Kemudian masukan tepung sedikit-sedikit pukul sebati, lepas tu masukan santan, Perisa Pandan, dan pewarna hijau. pukul sebati.
  3. Sapu acuan dengan minyak, masukan sedikit kelapa yg telah digaul dengan sedikit garam kedalam acuan dan tekankan sehingga padat.
  4. Kemudian tuangkan adunan.
  5. Kukus selama 30 minit hingga masak.
  6. Keluarkan dari acuan apabila kuih sedikit sejuk.
  7. Siap utk dihidangkan.

11 ulasan:

  1. dah lama nak buat kuih ni.. tapi tak terbuat lagi.. bagi alasan takde acuan..hhihihi

    BalasPadam
  2. kalau balik kg baru dapat makan aka buatkan..

    BalasPadam
  3. Kakak dah seriklah Yati buat kuih ni
    Dua kali kakak buat dua kali juga kelapa putihnya jadi hijau.
    Org lain buat cantik aje..

    BalasPadam
  4. tgk resepi mcm mudah n senang... tp tak berani lah nk cube... tak jd kang frust

    BalasPadam
  5. Antara kuih kegemaran K.Sham ni.
    Tapi as usual.. pandai makan tapi tak pandai nak buat.

    BalasPadam
  6. kalo saya teringin nak makan, biasanya beli jer. hehehehe

    BalasPadam
  7. selamat hari raya maf zahir batin yatie..
    dah lama acik tak buat kuih ni yatie.mula2 dulu rajin buat.lepas tu lama kuih ni hilang..leas tu timbul balik..acuan pun tak bawak pindah dari tg.karang.dulu2 acik kata kuih triwul ayu..taun 90 an lagi

    BalasPadam
  8. Ovellte tu apo kobondo nye eh..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)