JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 16 Januari 2014

CERITA BERGAMBAR # NABIL DAN GAJAH ~ WAKEUP WAKEUP.... ^___^


Assalamualaikum kekawan... semoga ceria dan sihat selalu :)

Kita sambung balik cerita bercuti di Afamosa itu hari ye kekawan... kali ni nak cerita "Elephant Show"..... Nabil punyalah suka tengok... duduk bahagian depan sekali tu... Jom tengok gambar sambil bercerita...

Ceritanya mengenai gajah bagaimana dia duduk , kemudian gajah tu baring...

Cerdik sungguh gajah ni, mendengar arahan sungguh baring mereka satu persatu, mula-mula bengkokkan kaki, lepas tu dia turun kan kaki belakang utng terbaring.... 

Lepas tu semua gajah dah tergolek ehe :) 
Umpama gajah tu sedang tido....

Apabila semua dah bangun dari tido, ada seekor gajah tak nak bangun dari tido....

Datang seekor gajah tu, tolong bangunkan gajah tu 
"wakeup wakeup... sambil memukul punggung kawanya tu dengan belalai... masa ni Nabil punyalah ketawa berdekah dekah... suka sangat dia tu...

Tapi gajah tu tak bangun juga.... gajah yg bangunkan dia tu menjerit sambil mengangkat kaki.....


Rupanya, gajah tu panggil mak gajah, mak gajah tu bawa sebaldi air.... 


Lalu menyembur gajah yg tido tu dengan air yang dibawa tu.... banyak juga yg disiram tu.... lagi sekali Nabil ketawa berdekah-dekah :P, lawak sungguh bagi Nabil tu :)


Selepas disembur beberapa kali dengan air tu, maka gajah yg tido itu bangun ..... akhirnyaaaa

Setelah anaknya bangun, mak gajah tu bawa balik baldi air tu kebelakang....



Menjerit gajah yg tido tu depan Nabil.....



Tak sangka Nabil gajah tu datang dekat padanya, beriye suruh en suami dukung sebab nak rasa belalai gajah tu.... yg gajah tu pulak letak belalainya diatas bahu en suami.... menjerit suami kata beratnyaaaa...

Elok pulak dia menggeselkan pipinya kebadan kita... manja sangat gajah ni...
Kakak Najeeha pulak nak merasa gajah ni pulak....




Konon nak bagi gajah makan saya ni.... tapi penakut yg lebih... sama menjerit macam gajah pulak hahahhaha :P

Kakak Nabilah ambil gambar dgn gajah dari jauh jer.... penakut dia ni hehehe

Ni pertunjukan gajah bawa kayu balak pulak....

Gajah melukis pulak... gajah tu lukis gambar pokok... pandai gajah tu melakarkannya... Lukisan gajah tu dijual dengan harga RM10...

Pertunjukan gajah menari masa ni.... lagu gangnam style tu.... tak pasal-pasal Nabil pun menari sama kihkihkih...

Diakhir pertunjukan tu, gajah itu akan mengambil air didalam takungan itu dan menyembur kearah penonton.... bersepah semua orang lari... tu yg tak ambil gambar sebab lari sama hahaha...

Sekian lah cerita Nabil dan Gajah hehehe




Rabu, 15 Januari 2014

RESEPI KEK COKLAT MOIST ANIS :)

Assalamualaikum kekawan.. semoga ceria & sihat hendaknya :)


 Semalam cuti projek hanya mengemas rumah dengan en suami... rajin betul en suami mengemas hingga kemalam baru selesai mengemas bilik dan stor... banyak jugalah barang yg dikotakan utk dibuang dan dijual, kebanyakan buku dan pakaian lama yg dipilih utk dihapuskan dan disedekah kerana masih elok lagi kan...

Memasak kek ni masa cuti tahun baru itu hari masa tu, adik nak buat berendoi anaknya dirumah emak, tak sempat nak update entri berendoi Adra Safiyah... nanti jika berkesempatan saya update ye kekawan...


Siapa lagi bukan Nabil yg paling suka kek coklat ni ... tak sabar dia menunggu kek ni masak...

Sudah tentu saya menggunakan pemanggang ajaib ini dengan jayanya sekali lagi kan kekawan...


Aksi si comel mama... dengan kek coklat kegemarannya itu...

Saya guna juga pengukus untuk mengukus sebahagian kek yg lain, lambat pulak nak menunggu pemanggan tu aje kan... kira serampang dua mata lah ni...

Resepi ni saya ambil dari FB Anis kek coklat moist... Anis bercerita bagaiman dia memperolehi resepi ini... Ini saya copy paste kan dibawah... jom baca.. :)


Berkongsi Resepi....Berkongsi Rezeki....

2 minggu lepas sebelum kami balik ke kampung berjumpa ayah bonda kami..Kami ke Tanjung Malim dulu untuk bertemu buat kali ke 2 dengan Kak Ton iaitu hamba Allah yang sangat baik hati dan pemurah orangnya.Beliaulah yang memberi memberi resepi kek coklat kepada saya pada tahun 2010 dulu..

Ingat lagi semasa di kelas baking di Bagus Shah Alam pada Mac 2010,Kak Ton bagi semua participants ni rasa kek yang dibawanya..Sebenarnya Kak Ton nak bagi Chef yang rasa dan komen..Chef tu komen simple jer..tapi bila saya yang rasa.....Walllaaaa...ini la dia kek yang betul2 moist yang selama ni dicari..Sedapnyaaa!!....

Nak tanya resepi tak berapa berani jugak sebenarnya sebab melalui pengalaman2 pahit sebelum ni..sangatlahhh susah bebenor nak dapat resepi dari kawan-kawan..ishhh nak bawak ke mana la resepi tu agaknya? ke kubur ke? Awatlah nak kedekut sangat diorang ni nak bagi resepi kan..betul2 old thinking lah..Kalau lah dengan resepi tu kawan kita dapat membesarkan anak-anak,sepatutnya kita kena banyak-banyak bersyukur kerana dapat membantu salah seorang Hamba Allah..lagipun, THE MORE U GIVE, THE MORE U GET lah bebeh..

Last-last memberanikan diri jugak bertanya..Boleh bagi resepi tak kak? Kak Ton kata, bagi email..nanti Kak Ton email..Esoknya, Kak Ton betul2 emailkan resepinya!..Macam tak percaya kan....?

Resepi seperti di bawah:
Resepi Anis Choc Moist Cake:
Bahan A,

Air,minyak masak,susu pekat,gula, serbuk koko-semuanya 1 cawan.
masak bahan a atas api sederhana (masak sehingga gula larut dalam air).
2 biji telur dipukul asing didalam mangkuk dan masak sekali dgn bahan a.
Last,masuk tepung 1cawan + 1/2 sudu teh soda+ 1/2 sudu teh double action.
Kukus-kalau kek 1 kg akan masak dlm lebih kurang 20-30 minit.

Topping:
Coklat masakan
sedikit butter
Whipping cream

Campur semua buat double boil..

@

Topping resepi baru (baru diguna pd tahun 2011)
Panaskan 1 cawan minyak masak
masukkan susu pekat,serbuk koko-semuanya 1 cawan.
Kalau pekat sangat, boleh kurangkan serbuk kokonya..atau masukkan sedikit full cream.
Kacau sehingga rata..Sedia untuk di topping..

Cubalah ya,dah ramai buat dan menjadi...Semoga perkongsian rezeki ini diberkati Allah..

Sekali lagi,thank you Kak Ton for this marvellous recipe!!!....Semoga Allah membalas segala jasa baik Kak Ton yang sangat baik hati dan pemurah sangat orangnya..Kami doakan Kak Ton sekeluarga dan keturunan Kak Ton diberi Allah rezeki yang melimpah ruah seperti hujan yang lebat turun tiada hentinya...



KEK COKLAT MOIST ANIS
Bahan A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C ( Topping )

1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-caranya :

Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus.

Cara-cara membuat topping :

Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping.

p/s Cara saya mengukus menggunakan pemanggang ajaib tu macam ni...


  1.  Panaskan air didalam pemanggang, kira ini suku jer air tu , agak2 tenggelam setengan bekas kek tu.
  2. Bila air dah mendidih baru dimasukan bekas kek kedalam pemanggang tu, tutup pemanggang tu, tunggu kek masak kira-kira 20 minit, sekiranya belum masak lagi boleh tambah masa mengukusnya. 
Bagi toppingnya saya tak guna resepi anis, saya guna resepi saya sendiri...

Topping coklat
Bahannya :-
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan coklat (saya guna van houtten)
  • 1/2 buttercup
Caranya :-

  1. Masak secara double boil ye ... cairkan buttercup didalam bekas, apabila dah cair tuang pula susu pekat tersebut, kacau hingga sebati.
  2. Selepas tu baru dimasukan coklat secara sedikit-sedikit, kacau hingga mesra.
  3. Kemudian baru dituang diatas kek coklat tadi...
#SELAMAT MENCUBA :) #

Selasa, 14 Januari 2014

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL S.A.W.

Assalamualaikum kekawan...

Selamat menyambut maulidur rasul dan selamat bercuti...
Jom kita selawat dulu tanda cinta kita kepada Nabi Muhammad S.A.W...