JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 19 Februari 2016

PUASA ISNIN & KHAMIS ~ Mereka USA baru mengkaji , Kita Dah Perolehi 1400 tahun yg lalu..

Assalamualaikum kekawan..

Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..



Kajian Pakar Neurosains Tentang Puasa Dua Kali Seminggu | Universiti South Carolina, USA

Setelah kajian saintifik tentang manfaat puasa dua kali seminggu dibuktikan oleh para saintis, masyarakat barat kini sudah mula berjinak-jinak untuk berpuasa dua kali seminggu.

Masyarakat barat menamakan amalan puasa dua kali seminggu ini sebagai "intermittent fasting" ataupun "5:2 diet",yang bermaksud 5 hari makan seperti biasa dan dua hari berpuasa.

Jika diamati, amalan "intermittent fasting" atau "5:2 diet" ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW.Baginda menyarankan agar kita berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis--dua hari dalam seminggu.

Dalam jurnal Stem Cell & American Journal of Clinical Nutrition, pakar neurosaintis telah mengkaji bahawa puasa dua kali seminggu dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan sel-sel otak yang baru.Sel-sel saraf akan menghantar isyarat kepada DNA untuk menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan sel-sel lama dimusnahkan.

Pakar neurosaintis menerangkan tentang mekanisma sel di dalam badan sewaktu kita menahan lapar dan dahaga. Sewaktu kita berpuasa, tenaga dapat dijimatkan kerana sistem penghadaman dapat berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam.

Pada waktu inilah tenaga yang dijimatkan dapat digunakan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan efisyen.

Begitulah manfaatnya berpuasa dua kali seminggu, atau dalam erti kata lainnya puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW pasti ada manfaatnya.Ayuh,marilah istiqamah dalam membudayakan amalan puasa dua kali seminggu-- Isnin dan Khamis.

Sumber : WhatsApp

Khamis, 18 Februari 2016

HATI BUTA

=======
HATI BUTA
=======

Mengapakah doa kita selalu tidak dimakbulkan Allah walaupun kita selalu berdoa kepadaNya?

1. Kenal Allah tetapi tidak tunaikan hakNya

2. Cinta Rasul SAW tetapi tolak sunnahnya

3. Baca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya

4. Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur

5. Tahu syaitan itu musuh, tetapi tidak menentangnya

6. Tahu syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya

7. Tahu neraka itu benar tetapi tidak lari darinya

8. Tahu mati itu benar tetapi tidak bersedia ke arahnya

9. Bangun dari tidur & cerita keaiban orang lain tetapi lupa keaiban sendiri

10.Kebumikan mayat tetapi tidak ambil iktibar darinya

Ya Allah, jauhkan kami dari sifat-sifat mazmumah (tercela) & dekatkanlah kami dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) Ya Allah! Amin Ya Rabbal' Alamin.

<3 Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasalim <3

via  Dr. Wan Shah Razali

Dulu mengidam TELUR IKAN MAYONG masa mengandung Nabilah ... tapi tak DAPAT :(

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Menggamit kembali kenangan buat saya.. masa tu mengandung Nabilah teringin nak makan telur ikan mayong ni.. punyalah cari tak jumpa.. sampai bersalin tak dapat :(
Alhamdulillah masa pergi Pantai Remis itu hari (jangan ketawa ye.. punya lama gambar ni duduk dlm draf  baru nak buat entri kan*__*) berjumpalah saya dengan telur ikan mayong @ duri ni..
Mujurlah kak nabilah tak meleleh air liurnya sampai besar hahaha..


Sedapnya masak telur ikan mayong ni tentunya masak asam pedas pekat-pekat macam tu.. aduhai tulis entri pun nak meleleh air liur pada hal dah selamat pun jadi baja ~__^
Jomlah kita tengok resepinya. Resepinya saya ambil dari Blog Mat Gebu.. minta izin tempek kat sini ye Mat..


RESEPI ASAM PEDAS TELUR IKAN MAYONG

BAHAN-BAHANNYA :-)
Telur ikan mayong 
1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 genggam daun kesom
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
2 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia ( ini saya tambah)
1/2 inci belacan, dibakar(saya tak masuk)
1/4 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur ikan mayong dicuci bersih dan toskan, tak perlu keluarkan dari kantungnya. Cuci dan perap dengan jus limau nipis, biar hingga diperlukan nanti. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serai dan serbuk kunyit. Kacau rata, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biarkan mendidih. Tambah telur ikan dan kecilkan api. Tutup periuk dan biar telur masak dengan api kecil. Masak 8 - 10 minit. Kemudian masukkan  daun kesum. 
  4. Tambah lada hitam kisar, garam secukup rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman...
CATATAN MAT GEBU :- Jangan masak lama sangat nanti telur ikan jadi keras (bergantung pada saiz telur ikan, kalau ikan mayong tak berapa besar,  saiz telur agak kecil, kalau saiz ikan besar telur dia pun besar), dan bila masak, telur ikan mayong akan terkeluar sendiri dari kantungnya, yang penting anda masa dengan api kecil. 


Saya dengan en suami jer makan asam pedas telur ikan mayong ni sebab telurnya kan cair macam kita makan telur penyu.. tu mereka takut nak merasa banyak.. mula-mula mereka merasa sebiji sebab teruja tengok bulat comel telur ikan mayong.. bila ditelan telurnya mencair.. tu yg mereka rasa tak kena dengan tekak mereka.. saya beli sebungkus kecil jer telur ni.. mahal juga tu.. RM10 sebungkus kecil tu :)
Hehehe ada sesiapa yg mengidam macam saya juga ke ~__^