JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 12 Ogos 2013

Riang Ria Di Hari Raya Kami :D

Salam semua kekawan blog dan pembaca semua... hari ini saya dah mula bekerja, ada lah lima enam  orang kawan peneman di ofis ni... Kebanyakan blogger update suasana hari raya masing-masing, jadi saya pun nak buat entri raya kami yg sederhana saja ni :D


 Gambar wajib bila hari raya ialah bergambar satu keluarga,  raya tahun ini dirumah en suami pada raya pertama, saya dah pulang kekampung en suami pada hari isnin tempohari sehingga hari jumaat, raya kedua kami pulang ke shah alam dan esoknya balik kg saya pulak :)

 Gambar ambil dalam rumah, kebetulan sofa bapa mertua pun warna merah ehe sedondon lak pulak dengan sofa kihkihkih :p

Setelah bergambar kami terus pulang ke kampung arwah mak mertua di Kg Chohong Jasin Melaka, mak andak pesan masa hari raya pertama imam masjid buat tahlil perdana di tanah perkuburan tu, pak itam orang kuat untuk menjayakan tahlil, mereka duduk dalam khemah tu, kami sampai tengah baca doa dan tahlil dah selesai. Selepas tu masing-masing pergi menziarahi pusara keluarga sendiri. En suami sekali lagi mengetua bacaan yasin dan tahlil untuk arwah mak. Ramai sungguh orang pada masa tu, tahlil perdana ni baru pertama kali dibuat, sambutan sungguh menggalakkan dari penduduk kampung....

Juadah yg wajib bila hari raya kan... lemang, ketupat dan rendang... Kuih batu lesung tu kakak ipar saya yg buat, memang sedap kuih ni, popular sebab keluar majalah 3 kan :D

Gambar makanan yg lain tak sempat nak ambil sebab sibuk makan pulak hihihi.... bertambahlah berat badan saya lepas raya ni...


Pada hari raya kedua, pak mertua mengajak pergi rumah sepupunya di Felda Serting, seronok bebudak beraya, kakak Nabilah sibuk nak bergambar dengan pokok buah anggur yg sedang berbuah tapi belum masak lagi dan telefon antik... telefon antik masa boleh digunakan sibuk budak tiga orang bercakap, suruh pak ciknya telefon mereka pun berebut nak bercakap....

Inilah sebahagian cerita hari raya saya... nanti story mory lagi ye :D

p/s kekawan raya mana tahun ni... mesti bestkan :)

8 ulasan:

  1. assalam yati..acik dah tak balik mana2 dah..raya pertama lepas solat baru balik kampung ziarah abang2 dan jiran2 dikampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam acik,

      Ye lah acik bila org tua dah tak ade kebanyakan raya rumah sendiri dulu lepas tu baru ziarah mak cik dan sedara mara yg lain kan ...

      Padam
  2. selamat hari raya k.yatie.

    first time dengar ada acara tahlil perdana. First time jgk dengar kuih batu lesung. Yang lain2 saya boleh ignore lagi tapi syahdu tengok lemang huwaaa!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi yg lemang tu akak tak boleh tolong LL...
      Tunggu lah raya kat Malaysia tahun depan ye :D

      Padam
  3. Ceria dan segar dengan warna merah terang itu. :)

    BalasPadam
  4. selamat hari raya, merah menyala² haruslah saya berhenti baca hihihi....

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya kak... Maaf zahir & batin ya..
    Xpernah pun mkn kuih batu lesung tu..mcmana agknya rasa.. :)

    BalasPadam
  6. Merah tema tahun ni ye..

    Selamat Hari Raya buat akak sekeluarga :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)