JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 14 Ogos 2013

RENDANG DAGING RUSA

Bertukar selera pulak tahun ini, masak rendang rusa selalu masak rendang daging lembu... en suami beli 3 kilo daging rusa suruh masak rendang minang... memang sedap daging rusa ini, isi lembut jer bila di makan, saya ada beri mak 2 kilo utk masak di rumah kuang, adik saya pulak masak daging rusa black papper.... perghhh mengancam dengarnya...

Jadi sehari sebelum hari raya tu saya merendang daging rusa ni, sekejap jer empuk dagingnya dengan petua en suami suruh letak biji kurma, nasiblah sesiapa yg  tergigit biji kurma tu ye hihihi



 Sesuai juga untuk buat open house ni... ehe Jom saya kongsi resepi rendang daging rusa versi saya ye....


RESEPI RENDANG DAGING RUSA










Bahannya :-

  • 3 kilo daging rusa
  • 5 biji kelapa (asing santan pekat semanggkuk)
  • 10 biji bawang merah kecil*
  • 5 biji bawang putih*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 4 inci lengkuas*
  • 5 inci halia*
  • 5 batang serai* (dikisar *)
  • Daun limau
  • Daun kunyit
  • Kerisik
  • 2 batang serai di ketuk
  • 300 grm Cili kering kisar (ikut kepedasan yg anda suka)
  • Garam secukup rasa
Caranya:-
  1. Tumis bahan kisar dan cili hingga wangi masukan santan yg perah kedua dan ketiga, lepas tu masukan daging rusa. (masukan biji kurma utk melembutkan daging)
  2. Apabila santan mendidih masukan garam, serai,rasa masinnya.
  3. Kacau sehingga terbit minyak, kemudian masukan santan pekat, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
  4. Siap untuk dihidang bersama lemang atau ketupat dan nasi impit :)

15 ulasan:

  1. laaa....biji kurma rupanya. jenuh saya mencarik petua camne nak lembutkan daging..huhu

    BalasPadam
  2. Waahhh ni rendang special ni! Terbayang-bayangkan sedapnya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap LL, manis dagingnya...
      Nasib LL tak pregnant, kalau tdk jenuh akak nak menghantar ke sana ;D

      Padam
  3. rusa sedapnyer dulu kecil2 selalujer makan tapi dah lama tak merasanyer lagi... mst bestkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa akak kecik dulu selalu mkn pelanduk, abg ipar rajin memburu.. Memang sedap ;)

      Padam
  4. Wah merendang rusa kak yati ye..!
    Mekasih share resepi :)

    BalasPadam
  5. assalam yatie..senang ke nak dapat beli daging rusa ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam acik erna,
      Saya beli di Shah Alam acik erna senang dpt daging Rusa ni, kalau Rusa liar Mahal sikit rm50 sekilo, jika yg pelihara ni rm27-rm35 sekilo ..

      Padam
  6. seyes x pernah masak, x pernah .. boleh jugak cuba raya haji nnt.. letak biji kurmah jer ker?? kalau buah kurma sekali yg berbiji tu x blh... nak bg daging lembut

    BalasPadam
  7. sedapnya daging rusa...sib baik penah masak dulu

    BalasPadam
  8. Teringin pulak nak buat rendah CH, tapi daging lembu le, sebab tak de rusa hehe

    BalasPadam
  9. Salam, thanks sis for the great recipe. this yr br nk try buat rendang daging rusa. nak tanya biji kurma tu berapa biji tak kisah ke?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)