JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 12 Mei 2014

ASAM REBUS IKAN BELANAK ... emmmm dapnyaaa ^__^

Assalamualaikum kekawan... petang yg ceria :)


Hari tu en suami tak sedap badan.. tekak udah pahit dan sakit.. kata saya tu.. tanda nak demam tu.. en suami ni kalau rasa nak demam suka sangatlah makan yg masam.. macam tomyam ke.. asam rebus ke.. masak pindang ke.. Jadi bila saya tengok dalam peti ais ada ikan belanak ni saya pun buat lah asam rebus.. berselera lah pulak lima beranak makan pada malam tu.. siap menghirup kuah dipinggan tu..

Ikan belanak ihsan google

Ini lah rupa ikan belanak tu kekawan.. saya suka pilih yg kecik-kecik macam ni manis dan lembut jer isinya kekawan.. selain dibuat asam rebus sedap jugak di buat asam pedas ikan belanak ni.. goreng pun sodapppp kekawan eheh :)


RESEPI ASAM REBUS IKAN BELANAK

Bahannya :-
  • 300gram ikan kembung
  • 1 biji cili merah *
  • 5 biji cili padi *
  • sedikit kunyit hidup*
  • 2 biji bawang merah * (*dikisar)
  • 8 biji bendi
  • 1 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit 
  • 1 batang serai - diketuk
  • 5 cawan air
  • garam
Caranya :-
  1. Bersihkan ikan kemudian, masukan cili kisar bersama air dan kacau, lepas tu baru di masukan ikan dan bendi.
  2. Selepas tu masukan asam keping, daun kunyit, serai, garam, tunggu sehingga mendidih, rasa masam dan masinnya.
  3. Siap dihidang bersama nasi putih yg panas....




17 ulasan:

  1. Selalunya yang simple tu sedap...kena pulak ulam dgn sambal belacan berair mata kejap.

    BalasPadam
  2. macam ni ikan belanak..nampak sedap

    BalasPadam
  3. sedappnya kak.. lama dah tak makan ikan belanak... :)

    BalasPadam
  4. Makan panas2 masa tengah berasap lagi sedap....

    BalasPadam
  5. 1st time saya dengar nama ikan belanak...
    hihihih..

    masakan macam ni, selain utk org yg sakit, sebenarnya mmg sesuai utk berdiet :)

    BalasPadam
  6. Sedapnye.. kadang buat juga masak macam ni tapi selalunya Nurul bakar.. cicah cili kicap.. ooo... heaven! heheee

    BalasPadam
  7. Selera pulak acik..terima kasih yatie..nanti acik nak cuba la buat

    BalasPadam
  8. kalau sup sup ikan ni saya mmg suka kuah dia, boleh habis berpinggan la nasik. ikan belanak ni nama lain dia ikan susu eh? ker bukan?

    BalasPadam
  9. Saya selalu goreng jek...sedap makan dengan nasi panas2 kan..

    BalasPadam
  10. wah..ni menu kegemaran saya ni..tapi saya selalu buat guna ikan kembung je..heheh

    BalasPadam
  11. Saya pun kali pertama dgr nama ikan belanak ni. Ooo.. lain kali kalau jumpa ikan ni boleh beli dan masak mcm ni..

    BalasPadam
  12. dah lama tak makan ikan belanak ....kat pasar sini susah nk jumpa.Dulu balik kg selalu beli....sedap nya yatie ikan belanak...lemak je rasanya.

    BalasPadam
  13. pernah dgr ikan ni tp kalau soh kenal masa beli belum tentu..sedap eh kak ikan ni

    BalasPadam
  14. kalau ikan ni fresh lagi sedap kan kak yatie...

    BalasPadam
  15. Ini masak singgang ke? Saya tak pernah makan ikan belanak ni selalu kalau bab rebus tu ikan kembung ler ...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)