JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 1 April 2016

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE MUDAH

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada didalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua..

Tengok budak demam yg tersenyum bersama Ostrich pemberian ustazahnya yg mana dia telah berjaya menghafaz Juzuk 30 keseluruhannya iaitu ayat-ayat lazim yg kita selalu baca tu. Alhamdulillah. Ostrich tu sebenarnya pen bila di cabut dari kakinya tu.. dah sama pulak warna biru Ostrich tu dengan bajunya. Buat spaghetti ni ahad lepas yg dimasak oleh chef Nabilah.. ~__^

Lepas tu ustazah dia ada pulak bagi note book, disetiap helaian kertas tu ada tertulis namanya , suka benar dia.. hadiah lagi sebab dah mula baca Al Quran .. sayang betul ustazahnya dengan dia.. walaupun banyak complaint ustazah dia banyak main jer.. tapi sekarang Nabil dah insaf lah mama katanya :D

Kak Nabilah ni memang suka sangat dengan spaghetti ni tau dari dia sekolah rendah lagi, ambil resepi dari Novel Ana Muslimah dia tu.. dan memang dia rajin mencuba seperti entri ini iftar-ke-2-spaghetti-meatball-by-chef nabilah


Resepi ini pun dia ambil dari novel yg dia baca tu, lupa pulak saya nak ambil gambarnya.. hehehe..
Jomlah intai resepinya tu :)

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahannya :-
- 1/2 peket spaghetti
- 500 gm daging ayam cincang
- 250 gm tomato puri
- 250 gm sos cili
- 1 biji bawang besar holland - potong dadu
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji tomoto - potong dadu
- 1/2 batang lobak merah - sagat
- 1 tin kecil cendawan butang - potong dadu
- 1 cawan air
- 1 sudu teh Oregano
- 2 sudu besar susu segar
- Garam secukup rasa

Caranya :
1. Tumis bawang besar dan putih hingga wangi, kemudian masukkan daging ayam cincang, goreng hingga kekuningan.
2.Lepas tu masukan tomato, lobak merah dan cendawan, goreng sehingga sayur lembut, kemudian masukan tomato puri, sos cili, air dan susu. Kacau sekata.
3. Masukan pula herba oregano dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih hingga masak api pelahan sehingga kuah pekat. tutup api.
4. Untuk spaghetti, rebus didalam air yg mendidih, titiskan minyak zaitun dan sedikit garam. Rebus hingga lembut.
5. Siap untuk dihidang.

Close-up sikit pinggan si chef ni.. dia dengan nabil jer dah menambah 3 kali hahhaha..
Saya boleh lah layan sikit-sikit hendak jugak mencari nasi.. dasar lah tekak melayu kampung saya ni :D

17 ulasan:

  1. Kegemaran anak bujang saya ni kak :)

    BalasPadam
  2. Rumah kakak pun kalau spaghetti kakak dah tak payah masuk dapur.
    Senang dan mereka suka jadi biarlah kita sesekali goyang kaki:)

    BalasPadam
  3. baru buat pagi tadi. Request si bujang Adli

    BalasPadam
  4. SAma jugak dgn aku T...kalau spegeti ni dorang 3 beradik tu lah yg masak...tekak melayu aku dgn Lan nak hadap nasik jugak...

    BalasPadam
  5. simple n sedap ye kak... pandai nabilah msk spageti...

    BalasPadam
  6. Tahniah nabil bijak sgt ni mampu menghafaz 30 juz alquran...demam dh kebah ya n berselera mkn spageti...kak selalu juga mkn spageti dimsk menantu yg rajin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehhh kak Paridah..
      Nabil belum hafaz 30 juz al quran..
      Cuma dia dah hafaz Juzuk 30 tu jer..
      Kebanyakan ayat2 lazim kita baca tu kak PI..
      InshaAllah Kak Paridah..
      Moga Nabil dipermudahkan untuk menghafaz keseluruhannya..

      Padam
    2. alhamdulillah.
      terbaik la nabil!

      Padam
  7. Tahniah nabil...Alhamdulillah sejuk perut ibu yatie mengandungkan nya.
    Akak hari ini buat spaghetti juga yatie,buat bekalan nak melawat azim di asrama.petang nanti.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah tahniah nabil...doakn zafirah pn berjaya hafal juzuk 30 sebelum dia masuk sek rendah...hihi

    BalasPadam
  9. tahniah nabil..

    adoii..nampak sedap kak.. lama tak buat.. boleh masukkan dlm menu minggu depan ni.. hehehe

    BalasPadam
  10. Dulu tak pandai makan, tapi bila ada kawan belanja makan, terus jatuh cinta.. ;) cuma itulah.. anak2 tetap selera kampung - nak nasi..

    BalasPadam
  11. sedapnya makan spaghetti dah lama tak masak ni kat rumah ... haishh

    BalasPadam
  12. Kadang tu kalau tekak dah jemu nasi, kita buat jugak spagheti ni CH... anak anak pun suka selamatlah sebab nak buat dia pun senang hihi....

    Haih malulah aunty ngan Nabil kalau cenggini, Aunty ni berapa ketul surah yg boleh hafalnya itu pun entah betul ke dak dengungnya hihi...

    BalasPadam
  13. ni antara masakan yg aida akan buat kalu da boring makan nasi :)
    anak2 suka. asben suka.
    and mudah, kan?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)