JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 29 Mei 2018

RESEPI MEE SUP AYAM... emm dapnya..😊😏

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik untuk kita menjalani ibadah puasa.. 

Diam tak diam dah 13 ramadhan.. bermakna lagi 2 hari dah setengah bulan kita berpuasa.. cepat sungguh masa berlalukan..

Masak apa utk iftar petang ni.. saya masak mee sup ayam ni iftar minggu lepas.. mee tu beli kat kawan ofis.. mak dia buat homemade.. sedap sangat tak ada bahan pengawet.. walaupun dah seminggu dalam peti ais tapi masih elok dan tak putus2.. dia pesan simpan kat frozen tau.. lepas ni nak buat mee kari udang galah pulak..πŸ˜ƒ

Jom intai resepi saya yg mudah ini.. setengah jam siap πŸ˜‰

RESEPI MEE SUP AYAM
Bahannya :-
* 1/2 ekor ayam dipotong kecil
* 1 bunjut rempah sup
* rempah 4 sekawan - 3 biji pelaga,1 biji bunga lawang, 2 biji cengkih dan kayu manis
* 3 biji bawang merah
* 4 biji bawang putih
* 1 1/2 inci halia.

Caranya :-
1. Bahan bawang dan halia ditumbuk kemudian tumis bersama dgn rempah 4 sekawan tu. Tumis sehinga wangi..
2. Kemudian masukan ayam kacau sebentar dan masukan air.
3. Kemudian masukkan sup bunjut.. reneh sehingga ayam masak. Kemudian perasakan garam.

Bahan lain :-
* 1 bungkus mee kuning - celur sebentar
* 1 ikat daun sawi - dicelur
* Taugeh - dicelur
* Daun sup dan daun bawang
* Sambal kicap cili api
Siap dihidangkan..
Selamat mencuba😎

12 ulasan:

  1. Salam Ramadhan sis,
    Mee sup salah satu makanan kegemaran LZ. Makan dengan cili kicap pedas memang layan..

    BalasPadam
  2. Alaaa...kenapa la SA tgok time ni..terus rasa nak buat..sexapnya..kena tunggu weekend la nampaknya

    BalasPadam
  3. cantik mee nya..mee sup & kari udang galah..nyum, nyum..dap nya..

    BalasPadam
  4. Salah satu menu kegemaran anak2 den ni, dan sudah semestinya kena ada sambal kicap. , baru terangkat πŸ˜†πŸ˜†

    BalasPadam
  5. sedap mee sup, ada terfikir nak buat gak ni.. bila tuh huhuhu, beratur menu iftar nak dicuba, sabor je lah

    BalasPadam
  6. walaupun menu nya simple tp bila dh siap... aduhai mmg berselera mkn...
    kenyang pun iya kan kak...
    dana aritu dh bt mee sup jgk.... nnti2 blh buat lg...

    BalasPadam
  7. Salam Ramadhan dari bunda...mai semangkok mee sup..

    BalasPadam
  8. sedap kak.anak-anak pun suka masakan macam ni.
    Janji Kita

    BalasPadam
  9. bolelh tiru nnt utk menu berbuka ��

    BalasPadam
  10. Sha kurang gemar mee kuning, nanti nak try dengan mee ramen.. mesti ohsem nie..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)