Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 14 April 2015

SYAFAKILLAH... SEMOGA MAK CEPAT SEMBUH ...

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi jua hendaknya..


Pada malam jumaat 3/4/2015 pukul 10.30pm saya mendapat panggilan dari adik saya yg kami panggil Itam, "Acik, ko masuk dalam wasap group keluarga, beritahu mak masuk hospital Sg Buloh, sekarang mak kat wad kecemasan, apa2 perkembangan lain nanti Itam beritahu" itulah call yg saya terima tanpa saya sempat bertanya yg lain.

Saya pun masuklah dalam wasap group keluarga, oleh kerana hari pun dah lewat juga , tak ada pun komen yg diberikan, saya pun ambil ikhtiar lain, menelefon semua adik beradik saya.
Hati dah mula tak sedap, adik saya tak call saya semula apa perkembangan mak.. saya call tak berangkat pulak..

Tak lama kemudian baru saya terima call dari adik saya Uda.. "mak masih di bilik kecemasan , doktor tengah merawatnya" 
"Mak sebenarnya kena apa uda, bagaimana boleh masuk hospital" tanya saya bertalu-talu..

Sayyidi Ahmad Al Hadi Assyarif datang menziarah mak di hospital, apabila adik saya yg Itam (baju track shuit merah tu ) beritahu mak sakit, dengan rendah diri ianya datang menziarah mak.
Sayyidi sedang mendoakan mak.. semoga mak cepat sembuh
Rupa-rupanya mereka baru balik majlis zikir di Wangsa Maju , pada malam tu , sedang mereka berbual-bual dalam kereta tu, tiba-tiba mak rebah di bahu adik saya uda, bila uda tengok muka mak mula nak herot, cepat-cepat dia pegang kuat-kuat muka mak dan peluk mak.. sambil tu dia menjerit kepada adik saya "abang jom ke hospital terus mak kena stroke ni" Alhamdulillah masa tu dah sampai di Sg Buloh, jadi terus adik saya itam tu membawa ke hospital. 
Pada malam tu doktor terus scan kepala emak takut ada pendarahan di kepala, Alhamdulillah tiada pendarahan.. dalam pukul 12.30pm kakak dan adik beradik telah berada di hospital, saya yg tidak dapat datang kerana en suami baru balik kerja dan kepenatan, en suami mencadangkan kita balik esok sahaja ke hospital.. saya hanya berzikir dan berdoa dirumah agar emak selamat dan diberikan kesembuhan..
Selepas subuh, lebih kurang pukul 7am kami terus pergi ke hospital, mak masih di wad kecemasan, luluh hati saya melihat keadaan mak, semahunya saya menahan airmata tidak mahu menangis depan mak..


Majlis wazifah bersama SAYYIDI JAKKANI ( yg pakai shawl hijau tu). Keturunan Sayyidina UTHMAN B AFFAN. Turut mendoakan mak, semoga Allah qabulkan doa kita.

Petang sabtu tu lebih kurang pukul 3pm, mak naik ke wad biasa, sepatutnya mak nak di masukan kan ke ICU, disebabkan penuh doktor terpaksa masukan mak di wad biasa tetapi diletakan didepan kaunter doktor untuk pemerhatian yg rapi.
Pada malam tu, kak ngah menjaga mak di wad bersama along saya, pagi tu saya pula menjaga mak , sepanjang menjaga mak, zikir lailahaillah yg saya alunkan di telinga mak saya.. bersama Ya Latif, semoga Allah memberi kesembuhan pada mak dan mengurangkan kesakitan pada mak.

Semasa mak di ICU kami hanya mengintai dicermin pintu diluar ini, sebab di ICU hanya boleh masuk 2 orang sahaja. 
Pada hari Selasa mak dimasukan ke ICU kerana ada sedikit pendarahan dikepala mak dan doktor nak buat pembedahan di kerongkong untuk buat penafasan baru kerana penafasan mak sangat lemah, saya yg menjaga dengan kakak-kakak yg lain dihospital tu, saya mohon cuti seminggu utk menjaga mak di wad.. Alhamdulillah pada petang tu saya masuk melawat, doktor tak jadi buat pembedahan kerana mak stabil dan boleh bernafas sendiri, sujud syukur kami kepada Allah s.w.t kerana memakbulkan doa kami supaya mak tidak dibedah..

Mak berada di ICU selama 4 hari, semasa didalam tu mak memberi perkembangan yg positif, bila dah duduk di ICU hanya waktu melawat sahaja lah yg boleh menjaga mak, jika wad sepanjang masa boleh disamping mak, pada hari rabu tengahari saya ziarah mak di ICU tu mak dah sedar, bila bagi salam pada mak, mak terus buka mata, Alhamdulillah, bila saya penggang tangan mak, mak genggam tangan saya balik, ada respond yg baik dari mak, saya zikir ditelinga mak, pastu suruh mak ikut lailahaillah.. pastu mak ikut sama dan tepuk2 tapak tangannya di tangan saya.. 

Pada hari sabtu petang pukul 3pm , mak dipindahkan semula di wad biasa, Alhamdulillah keadaan mak semakin stabil, doktor kata jika keadaan mak dah boleh bernafas sendiri , dalam minggu ini mak boleh mak rumah.. Sekarang mak masih di hospital.. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah..

Tahun ini berbagai dugaan dan ujian yg kami terima.. sesungguh nya kami redha dengan ketentuan Ilahi.. Rasa kesedihan kehilangan arwah abah pun belum lagi hilang di hati saya.. Jadi tidak sanggup rasanya saya kehilangan buat kali kedua.. Ya Allah panjangkan lah usia mak dan berikanlah kesembuhan yg segera buat mak... Aamiin

"Ya Allah wahai yg Paling Mengasihani daripada segala yg mengasihani, dengan rahmat Mu kami meminta pertolongan ya Allah ya Rahman ya Rahim agar Engkau menguatkan kami dengan kekuatan Engkau ya Allah dan berikanlah pertolongan dengan pertolongan Engkau ya Rahman dan berilah 'afiat kepada Mak kami dengan 'afiat Engkau dengan rahmat Engkau ya Allah wahai yg paling Mengasihani daripada segala yg mengasihani. Aamin."


26 ulasan:

  1. Syafakillah untuk mak akak...insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Semoga mak akak cepat sembuh ya...jangan putus berdoa

    BalasPadam
  3. moga mak akak cepat sembuh ye....inshallah

    BalasPadam
  4. In shaa Allah ada anak2 yg soleh dn solehah..
    sakit itu pengampun dosa..tersentuh dgn kelilingnya yg sejuk mta mndang..

    BalasPadam
  5. Ameen..semoga Allah makbulkan..semoga mak cepat sembuh

    BalasPadam
  6. Aku ada juga dgr cerita mak kau sakit T...nak bertanya dari hari ke hari sampailah ko keluarkan N3 ni..Semoga mak cepat sembuh yer T...

    BalasPadam
  7. moga Allah makbulkan doa anak2 agar mak sembuh seperti biasa ...terharu akak baca entry ini terkenang arwah mak akak yang tak sempat nak jaga bila dia sakit terus pergi menemui Ilahi

    BalasPadam
  8. Air mata kakak terus aje luruh Yati. Sedihnyaa bila situasi begini menimpa mak kan. Moga mak diberi kekuatan dan tabah dgn ujian ini. Cepat sembuh dan kembali kepangkuan keluarga tercinta.

    Kakak doakan dari jauh..

    BalasPadam
  9. Allahu Akbar... sedihnya tgk.. Semoga mak cepat sembuh dan sihat seperti selalu.. Aminnn... Semoga Yati tabah hadapi dugaan ini..

    BalasPadam
  10. Alhamdullillah.. Moga mak cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.. Aamiin

    BalasPadam
  11. Allahu..luluh betul hati tgk mak akak..bertakung terus air mata..moga cepat sembuh ye mak...;(

    BalasPadam
  12. Aminnnnn atas doa tu CH.....Moga mak awak akan kembali sembuh. Alahai sayunya tengok mak awak dalam keadaan gitu CH. Menitis air mata okje tadi masa baca. Gitulah takdir namsnya kan CH, sakitnya dtg secara tiba tiba....
    Untung mak awak ni ada anak anak disekelilingnya...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. Ala kulli haal
    Segala puji bagi Allah atas apa jua keadaan (sekalipun)

    & semoga Bonda kembali sihat seperti sediakala.

    BalasPadam
  14. Ya Allah... memang luluh hati bila tengok orang tersayang terbaring macam tu... akak dpt byangkan bagaimana perasaan yati. Moga tabah & berdoa selalu ye.. akak juga doakan moga mak yatie segera sembuh.

    BalasPadam
  15. Sedih kak zai baca, terkenang waktu mak kak zai kena stroke dulu.

    Semoga mak yatie cepat sembuh dan kembali pada keluarga.

    BalasPadam
  16. Semoga Allah sembuhkan mak kak yatie..
    Saya harap akak dan family akan terus kuat

    BalasPadam
  17. Semuga mak Yati segera sembuh seperti semula.... pernah alami situasi cam ni walaupun mak tak kena stroke, tp sbb paru2 berair... seminggu jugak berkampung kat sepital.

    BalasPadam
  18. Semoga mak cepat sembuh seperti sedia kala. Dan Yati diharap tabah selalu menghadapi ujian Allah..

    BalasPadam
  19. moga bonda cpt sembuh...InsyaAllah......

    BalasPadam
  20. insya allah berkat doa semua emakk akk akan sembuh..syafakillah

    BalasPadam
  21. Salam Kak..moga Mak akak di berikan kesembuhan ye kak.. banyak kan doa & sabar.. insyaAllah...

    BalasPadam
  22. Insya Allah, CH. Doa saya semoga mak CH beransur baik dan dapat pulang ke rumah. Mujurlah masa kena stroke tu cepat-cepat anaknya bawa ke hospital ya. Harapnya selepas ini ada berita gembira dari CH berkaitan keadaan kesihatan mak CH ni ya.

    BalasPadam
  23. semoga acik cepat sembuh.. doa banyak2.. insyallah kami kawan2 blogger ni pun tlg doakan..

    BalasPadam
  24. Semoga Allah memberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk mak CH.

    MENCEGAH SEBELUM TERKENA STROK

    BalasPadam
  25. banyak2 bersabar ya Yati..insya ALLAH
    emak akan sembuh...

    BalasPadam
  26. moga mak akak diberikan kesihatan n kesembuhan spt sediakala...
    anak mana lah yg tak risau bile mak nyer kene warded kan kak...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)