JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 11 Mac 2019

PENGALAMAN BERHADAPAN DENGAN HUJAN RIBUT DAN AIS BATU

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua 😊


Pengalaman ini tidak dapat saya lupakan bersama nabilah.. pada semalam petang saya hendak menghantar Najeeha balik asrama di Samttaj, sebelum tu singgah Aeon untuk beli kasut prep yg dah ketat katanya. Ye lah beli size 6 oleh abahnya, size skrg dah 8. Keluar dari situ hujan dah turun. Sampai Di sekolah hujan dah lebat. Turun dgn nabilah memayungnya. Masa tu dah pukul 5pm. Jadi terus je balik sebab memikirkan utk hantar nabilah pada pukul 6pm.

Redah sahaja hujan yg lebat dan angin yg sangat kuat itu. Sampai di Seksyen 6, Ada pokok tumbang, jadi ambil keputusan utk melalui jalan perumahan Seksyen 6 Tu, rupanya disitu juga ada pokok tumbang juga, semasa saya jalan tu, dahan kayu menimpa cermin depan, terpaksa tutup wiper dan jalan kedepan, tapi tak boleh sebab Ada dahan sangkut, saya berhenti kan kereta tepi jalan.

Hujan semakin lebat dan bunyi seperti batu menimpa bumbung kereta, nabilah kata boleh tak dia keluar nak tengok kayu yg tersekat bawah kereta Kita ni mama, saya kata jangan, hujan lebat dan ada kilat dan guruh, rasa nya hujan ais Batu ni,  banyak kereta yg berpatah balik sebab tak boleh lalu juga.

Apabila hujan reda sikit, saya membenarkan nabilah turun untuk membuat ranting kayu Di cermin tu, nabilah juga terpaksa meniarap utk buang dahan kecik yg tersangkut dibawah kereta. Kemudian kami dengar bunyi siren bomba, alhamdulillah bomba datang , rupanya bomba Tu tengah mencari kereta yg dihempap pokok, bomba tu pusing semula, saya pun dan beberapa kereta yg lain pun ikut kereta bomba, sebab laluan menentang arus, bomba memberi Kami laluan.

Saya kata pada nabilah , Kita Cuba laluan Di hotel uitm ni mungkin boleh, sebelum smpi di around about tu pun Ada pokok tumbang, terpaksa pusing balik, ikut laluan dlm perumahan Seksyen 3, saya kata jom Kita solat asar dulu, skrg dah pukul 5.30pm. Kami disitu sehingga hujan berhenti, rata-rata dlm surau Tu menceritakan terperangkap Dalam hujan ribut tu,  ada seorang adik baru sampai, tanya dah ok ke jalan, adik Tu kata dia Dari Jakel, kalau akak nak balik ikut jalan Seksyen 2 nak menghala ke Unisel.

Kami pun melalui jalan tersebut, smpi di terowong Desa Alam tu air naik juga tapi boleh dilalui oleh kereta MPV, kata Nabilah bawa pelan-pelan mama, kesian nabilah kesejukan sebab basah kena hujan tadi, alhamdulillah pukul 6pm smpi rumah, dikiri kanan jalan pun ada juga dahan-dahan yg patah.


Begini lah keadaan ribut melanda.. byk juga kereta yg kena hempap dahan. Gambar ni Dari wasap jiran tetangga.. mmg gelap tak nmpk jalan.

Dahan pokok yg patah.

Jiran kongsi kata hujan ais Batu yg bertaburan dihalaman rumahnya Di Seksyen 6.

Canvas khemah Di surau Kami pun habis koyak dilanda ribut.



Sepanjang kami didalam kereta Tu, doa diatas menjadi zikir Kami Dan juga Kami banyak berselawat. Alhamdulillah saya mengamalkan doa ini selepas solat.
Pengajaran dari ini saya perlu mencari tempat perlindungan dahulu dari meneruskan perjalanan. Kita tidak tahu apa yg terjadi hadapan kita. Tu cakap dgn nabilah sepatutnya Kita tunggu hujan berhenti masa Di Samttaj, tak apa ini pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati.

8 ulasan:

  1. dana tak pernah jumpa hujan ais tu kak, kadang teringin nk tgk depan mata camne... tp takut jgk...
    nsb semalam tak lebat hujan kt sini .... kt sana teruk betul tu kak, sampai rosak segala kemah tuh kak... pokok tumbang lg

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dilindungi Allah. Take care ya

    BalasPadam
  3. Pengalaman CH dan Nabilah amat mencabar. Seram juga PH baca. Syukurlah CH dan Nabilah selamat pulang ke rumah.

    BalasPadam
  4. 3 hari petang yang sangat mengerunkan ketika hujan dan angin kuat di tempat kerja dan rumah.

    BalasPadam
  5. hujan ais batu tu...tp lately hujan ribut kan..smoga kita smua dilindungi

    BalasPadam
  6. Tulah kata org bala dr Allah sbb ada pihak2 yg nak perjuangkan Lgbt baru ni..semoga jadi pwngajaran, jgn smp Allah turunkan bala yg lebih besar

    BalasPadam
  7. Allahu Akbar..teruk rupanya ribut tu kan, patutlah taman botani negara tu pun ditutup untuk pembersihan akibat ribut ini juga. Alhamdulillah akak dan nabilah tak apa2, itulah kan setiap apa yang berlaku ada hikmahNya buat kita berfikir apa yang perlu kita lakukan jika terjadi perkara yang sam selepas ini

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)