JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 17 September 2020

DAKWAH PENUH UKHUWAH 🌹❤️😍

 Assallamualaikum kekawan semua 😍😘

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍



DAKWAH PENUH UKHUWAH🌹❤️

Alhamdulillah syukur selesai sudah membaca buku penuh motivasi dari para astizah.. didikasi buat Al-marhumah Ustazah Shadiya Binti Abbas..❤️


Sesungguhnya saya juga mempunyai kenangan bersama Almarhumah Ustazah Di ini.. panggilan mesra..😊 sungguh peramah dan penuh motivasi ..


Sewaktu Almarhumah hadir utk memberi motivasi pada pelajar yg akan menduduki exam pada tahun 2019 di Surau Al Amin Desa Alam U12..


Sewaktu itu kedua anak, Syaza Najeeha PT3 dan Muhammad Nabil Syahmi UPSR/PSRA..


Almarhumah bercerita kisahnya, betapa kita harus mendengar cakap dari ibubapa kerana apa yg ibubapa cakap adalah yang baik. 


"Nak tahu tak adik-adik" mula ceritanya.


Kisah Ustazah, macam ni,  Ustazah akan memasuki pertandingan tilawah Al Quran pada esok hari, jadi mak ustazah suruh pergi gosok baju. Lepas tu ustazah cakap sekejap lagi lah mak.. 


Sekali tu pukul 2.00pm, tak ada elektrik.. ustazah relex lagi.. siap cakap kejap lagi adalah balik.. tengok sampai malam tak ada jugaπŸ€”


Ustazah pun atur strategi, letak baju bawah bantal nanti boleh lah kurang kedutnya.. sekali tu mak ustazah tanya.. "sempat ke gosok baju tadi"

"Tak mak" dgn nada sedihπŸ˜” "tapi kejap lagi letrik ada kot"😊 nak juga cover..


Sekali tu pukul 4.00am mak ustazah kejutkan ustazah.. "Mari tolong mak Cari penggosok baju yg guna arang, mak dah bakar arang" Mak ustazah tak marah pun.. selalunya mak akan bebel kat ustazah.. ustazah punyalah sedih.. sepanjang dlm bas , ustazah menangis 😭 ingatkan mak.. tentu tak tido sebab hidup arang, pastu gosok baju ustazah, sampai ustaz yg mengiring tu pun hairan. Akhirnya ustazah dpt tempat ketiga dlm pertandingan tersebut..


Semenjak dari hari itu ustazah akan dengar cakap mak.. bila mak panggil ustazah... "Diiii" dulu dari jauh je jawab"ye makkkk" tapi skrg tidak.. ustazah akan pergi dekat mak.. "Ye mak, Ada nak tolong" kekadang ustazah jawab "ye boss, sedia berkhidmat"😁 sampai adik ustazah pun hairan.. "ko dah kenapa kak?πŸ€” 


Gelak anak2 mendengar..πŸ˜…

Jadi pergi kat ibubapa, cakap "Saya akan dengar cakap mak" peluk mak..

Anak2 pun suka dan peluk kami mak2 ni😊


πŸƒπŸƒ

Moral of story nak jadi cerita saya Ada kuliah dhuha hari Ahad Tu, pesan dgn anak perempuan nanti masak nasi, balik nanti mama beli lauk kat masjid negeri Tu, pastu gosok baju, petang nanti balik asrama. "Baik" katanya..


Sekali tu dlm pukul 10am dapat mesej "Mama letrik tak Ada, tak boleh nak masak nasi"..😱 saya balas "baju sempat gosok" sebab tahu selalu nya ptg baru letrik ada. "Tak juga"πŸ˜” mesejnya..


 Aduh mcm mana.. mesej kat dia "baru smlm dengar cerita ustazah Di Kan, ni mana mama nak Cari penggosok baju arangπŸ˜„, aduhaiii"


"Mama doalah, kan mama kat majlis ilmu, supaya ada letrik, nanti malaikat Aamiin kan" mesejnya😊


Berdoalah saya semoga dipermudahkan segala urusan..

Sekali tu pukul 11.00am dpt mesej darinya.. "Mama, letrik dah Ada balik, ni dah masak nasi Dan nak gosok baju".. "Alhamdulillah syukur..mesej saya, tolong gosok baju sekolah Nabil juga ye.."❤️❤️


πŸ’šπŸ’š



Dari buku ini tulisan Ustazah Asma' Harun, Yang menyentuh hati nurani saya.


❤️Kematian Yang Indah❤️


"Saya sedang mengumpul kekuatan utk berbicara tentang sahabat saya ini.


Janggal sekali rasanya. Sahabat yg sebelum ini bersama didunia, kini berada di alam berbeza.


Kita seringkali merasa mati ini lambat lagi.


Masih merancang itu dan ini. Habis PKP , nak buat macam-macam Tahun depan, masa tua nanti.


Mati terasa jauh. Namun apabila berita Kematian yg sangat jauh datang dalam keadaan tiba-tiba, serta-merta ia terasa dekat."


Saya bermonolog dengan diri sendiri.. engkaulah Yati.. mencari dunia macam kau akan mati esok hari πŸ˜” semuanya kau hendak😒..

Sedangkan akhirat kau, macam kau hidup seribu tahun lagi..πŸ˜”


 Beringatlah Yati.. percepatkan taubatmu, baiki amalan ibadahmu, berbanyakkan kebaikanmu, panjangkan silahratulrahim bersama sahabatmu, berkasih sayang bersama kaum keluargamu dan perbanyakkan sedekah mu.. Engkau tu Perempuan banyak kurang dlm ibadah.😭


Ya Allah ya Rahman ya Rahim ya wadud,

Bantulah aku dalam kehidupan akhiratku.. tempat kembali aku yang kekal abadi. Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan pertolongan Mu. Aamiin YRA 🀲🏻❤️


πŸƒπŸƒ

Sewaktu pelancaran buku ini di TV Al Hijrah, Dalam hati berkata, manalah saya nak dapat buku ini.. 


Alhamdulillah syukur, sewaktu kuliah muslimat di surau , ustazah Suriani ada bawa buku ini, sehabis pengajian kitab tauhid tu, ustazah kata buku ada dikereta, jom ambil, tersenyum gembira saya😁


Ustazah kata setiap pembelian sumbangan akan diberikan pada yayasan amal yg dibuat oleh Almarhumah Ustazah Shadiya dan suami. Nanti panjangkan pada kekawan. Jadi sesiapa yg berminat boleh hubungi ustazah Suriani Zulkarnain 0133964853.

6 ulasan:

  1. selamat membaca sis, menarik nampak isi kandungan bukunya

    BalasPadam
  2. Kata-kata ibu bapa terutama ibu ni lain macam.Terima kasih kak perkongsian.

    BalasPadam
  3. buku yg patut dimiliki n baca demi ilmunya

    BalasPadam
  4. Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan cahaya hidupku blog yang ada pada kami

    BalasPadam
  5. terima kasih atas perkongsian....moga kita semua sentiasa dalam peliharaan ALLAH....

    BalasPadam
  6. Terima kasih untuk perkongsian ini.. :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)