JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Belajar buat sarung ketupat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belajar buat sarung ketupat. Papar semua catatan

Selasa, 20 September 2016

YEEEAAHHH...Berjaya Juga Buat SARUNG KETUPAT 😊😆😍😙

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik juga hendaknya..

Sewaktu saya sedang menganyam sarung ketupat..
Nabilah datang bertanya "mama mula2 pandai buat sarung ketupat ni umur berapa tahun?"
"Umur mama 12 tahun , arwah uwan yg ajar mama" jawab saya.
"Jadi mama boleh lah ajar kakak ye.. buat sarung ketupat ni" pintanya..
"Ok boleh aje.. mama rasa.. insyaAllah kakak boleh buat" ujar saya..
Jadi saya ajar dia step pertama iaitu melilit daun kelapa ditangan tu..


Lepas tu saya ajar buat kerangkanya.. disini hampir 5 kali dok buka balik.. saya kena jadi kerangkanya macam ni.. saya tunjuk yg saya buat.. kalau tak jadi macam ni makna salah masa menganyam daun..
Akhirnya berjaya dia menyiapkan kerangka tu.. tabik juga saya dgn semangat ingin buat sarung tu..

Lepas tu saya ajar pula bagaimana utk menyiapkan jadi sarung ketupat yg lengkap.. bila dah siap kerangka ni .. dah senang nak menyiapkannya.. saya ajar buat ketupat bawang..


"Tadaaaaa... dah jadi ketupat bawang kakak" ujar penuh kegembiraan.. pada hari tu dapat lah dia menganyam 3 sarung ketupat... neneknya kata"esok raya aidilfitri nabilah boleh ambil part utk menganyam ketupat.. tolong mama" hihihi..
Hampir 80 biji sarung ketupat berjaya di anyam.

Esok paginya.. atuknya punya part utk masuk beras dan direbus oleh en suami ;) 😆

Rendang ayam dgn maman dimasak oleh adik ipar saya. Pada hari 9 Zulhijjah tu .. en.suami, adik ipar saya 2 orang dan biras serta mak cik berpuasa.. jadi buka puasa mereka pra hari raya punya menu.. 
Sup gear box tu memang menu raya haji setiap tahun FIL masak.. tambahan tahun ni kami korban dgn Ezy-Qurban.. lagi lah tak merasa daging dan tulang.. jadi kita beli lah ye... bagi lah mereka yg susah utk menikmati daging dan tulang di Bangladesh tu ye:)
Semoga amalan Qurban kami diterima Allah jua hendaknya.