Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 20 September 2016

YEEEAAHHH...Berjaya Juga Buat SARUNG KETUPAT πŸ˜ŠπŸ˜†πŸ˜πŸ˜™

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik juga hendaknya..

Sewaktu saya sedang menganyam sarung ketupat..
Nabilah datang bertanya "mama mula2 pandai buat sarung ketupat ni umur berapa tahun?"
"Umur mama 12 tahun , arwah uwan yg ajar mama" jawab saya.
"Jadi mama boleh lah ajar kakak ye.. buat sarung ketupat ni" pintanya..
"Ok boleh aje.. mama rasa.. insyaAllah kakak boleh buat" ujar saya..
Jadi saya ajar dia step pertama iaitu melilit daun kelapa ditangan tu..


Lepas tu saya ajar buat kerangkanya.. disini hampir 5 kali dok buka balik.. saya kena jadi kerangkanya macam ni.. saya tunjuk yg saya buat.. kalau tak jadi macam ni makna salah masa menganyam daun..
Akhirnya berjaya dia menyiapkan kerangka tu.. tabik juga saya dgn semangat ingin buat sarung tu..

Lepas tu saya ajar pula bagaimana utk menyiapkan jadi sarung ketupat yg lengkap.. bila dah siap kerangka ni .. dah senang nak menyiapkannya.. saya ajar buat ketupat bawang..


"Tadaaaaa... dah jadi ketupat bawang kakak" ujar penuh kegembiraan.. pada hari tu dapat lah dia menganyam 3 sarung ketupat... neneknya kata"esok raya aidilfitri nabilah boleh ambil part utk menganyam ketupat.. tolong mama" hihihi..
Hampir 80 biji sarung ketupat berjaya di anyam.

Esok paginya.. atuknya punya part utk masuk beras dan direbus oleh en suami ;) πŸ˜†

Rendang ayam dgn maman dimasak oleh adik ipar saya. Pada hari 9 Zulhijjah tu .. en.suami, adik ipar saya 2 orang dan biras serta mak cik berpuasa.. jadi buka puasa mereka pra hari raya punya menu.. 
Sup gear box tu memang menu raya haji setiap tahun FIL masak.. tambahan tahun ni kami korban dgn Ezy-Qurban.. lagi lah tak merasa daging dan tulang.. jadi kita beli lah ye... bagi lah mereka yg susah utk menikmati daging dan tulang di Bangladesh tu ye:)
Semoga amalan Qurban kami diterima Allah jua hendaknya.

27 ulasan:

  1. Pandai nabilah buat sarung ketupat.Anak2 akak dah banyak kali akak ajar tak pernah menjadi .Dalam rumah akak ni akak sorang je boleh buat,kalau akak xde memang takdelh ketupat daun kelapa ni bila raya.
    Apa rasa pucuk maman tu yatie?.Akak pucuk maman pun tak kenal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada rasa pahit2 juga kak saniah.. tapi sedap.. nabilah pun suka.. jeeha dgn nabil makannya aje πŸ˜ŠπŸ˜†

      Padam
  2. Anak-anak kakak semua tak pandai dan macam tak berminat macam Nabilah ni bagus ada kemahuan. Sebab itu tiap tahu rumah kakak memang kakak dgn abanglah yg buat..

    Kelak cucu kakak tahu macam mana sebab mak-mak dia tak pandai menganyam. Nenek dah tua haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..
      Tak apa kakzakie..
      Kat pasar ada jual sarung ketupat ni..
      Nanti boleh anak2 akak beli je dan masak ;)

      Padam
  3. pandai nabilah belajar, nanti time raya boleh tolong mamanya.

    arwah datuk sebelah emak saya pun pandai menganyam ketupat. tapi bila tiba tang emak, tak tahu. maka, anak-anaknya confirmlah tak tahu menganyam juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tu kena beli sarung ketupat yg dah siap nampaknya KB atau pun yg dah siap rebus..
      KB cuma siapkan duit nya aje 😊

      Padam
  4. hehehehe malu lak ngn nabilah... sbb dana belajar anyam ketupat tuh tiap thn tp thn depan msti lupe camne nk bt hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..
      Dana sama kes dgn kak teh akak ni..
      Tiap kali raya nak buat sarung ketupat kena ajar dulu bagi ingat 😊
      Pernah kak teh akak cerita MIL dia suruh buat sarung ketupat kelapa ni sebab kat Kedah dorang buat ketupat palas jer.. pastu dah gabra.. dia pun ckp kena belajar dulu bagi ingat πŸ˜†

      Padam
  5. SUSAH JUGA NK BUAT SARUNG KETUPAT N CEPAT NABILAH BELAJAR...BOLEH DAH WARISI SENI ANYAM KETUPAT TRADISI

    BalasPadam
  6. pandai dah dia..baguslah..saya pandai anyam ketupat sate je...ketupat bawang kdang-kadang jadi,,kadang-kadang tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lah tu Mar..
      Bila dah tahu asas..
      Senang buat ketupat yg lain..

      Padam
  7. Nabilah ni mmg rajin dan minat masak ye Tie.....sanggup dia nak belajar tu....Kalau budak yg tak minat jangan haraplah.....
    Yelah dah balik rumah mak bapak kumpul reramai cenggitu mmg lah kena masak kan Tie kalau tidak nak makan apa hihi....

    Pernah jugak rasa rendang maman tu, kawan ofis yg bawak....pahit pahitkan daun dia tu...Tapi oklah sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu nom..
      Rasanya pahit2 sikit tapi sedap..
      CH cuba mkn sayur maman ni bila kahwin dgn en suami sebelum ni rupa pokok maman pun tak tahu..πŸ˜†πŸ˜€

      Padam
  8. alahai Nabilah...auntie ni dah 45 th hidup..tak reti2 nak anyam sarung ketupat..ketupat palas boleh la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira ok tu Kamsiah..
      Akak ni pun tak tahu anyam ketupat palas.. mcm nak belajar jee..

      Padam
  9. untung ada mak pandai, boleh ajarkan..
    sy tua ni pun x reti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lagi nak belajar PB..
      Lama2 tahu lah tu 😊

      Padam
  10. Saya dah tua baru pandai anyam ketupat kak, dulu kalau mak buat tak pernah nak peduli, boleh anyam 2 jenis saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok tu NM...
      Reti juga menganyam walaupun 2 jenis.. 😊

      Padam
  11. Saya yang dah tak pandai nak berketupat nie. lama tak asah lama-lama terpadam terus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cuba balik idzwa...
      Sayang nanti lupa..
      Akak pun buat setahun 2 kali jer..
      Masa raya..
      InsyaAllah nanti ingat balik tu..

      Padam
  12. YEAY!!! bagus akak ajar anak plak menganyam....lieya adik beradik semua reti menganyam...mak le ajar...skrang senang die, beli daun jek..tau2 ketupat anak dah siapkan ekekekekek...lepas ni boleh laa lieya ajar anak2 dare kat rumah nie...syg plak kalo takde yg reti menganyam nie....main beli siap semua pun tak best kan kak...

    kak rendang ayam maman tu mmg menggiurkan....lieya buat rendang biase je laaa...nak campur maman takut org kat dlm rumah ni tak reti makan plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik beradik perempuan akak semua tahu anyam ketupat...
      Abg along lelaki seorg yg tahu..
      Yg dua lagi x tahu...
      Semua mak yg ajar..
      Sama lah mcm arwah mak akak..
      Bila anak2 dah tahu..
      Bab menganyam mak suruh kami jer..
      Mak masak rendang...
      Tiba2 pulak rindu rendang mak huhuhu..

      Padam
  13. Bagus kalau pandai menganyam ketupat ni.
    Almaklum sekarang ketupat segera dh banyak.

    BalasPadam
  14. Nur ni kak...bila raya lulus la...lps raya lupa dah...asyik hubby dok ajar aja...
    Kat umah ni hubby n mak Nur aja tender anyam ketupat...adik2 yg lain tak pandai...tp 1 kerugian kan hihi

    BalasPadam
  15. Pandainya dia anyam ketupat..bakat terpendam tu.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)