JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Hotel Murah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hotel Murah. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mei 2016

Rombongan KE MANA Tu ? 😆😊 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Amboiiiii.. rombongan cik yati ni gi mana ye ~__^
Pada 21/5/2016 ada retreat ofis ke Cameroon Highland.. jadi dah planning nak bertolak awal.. pukul 6.30am dah berkumpul di ofis dan pukul 6.45am bergerak. Pagi tu dah hujan mengiringi.. kesejukan yg amat.. sedaplah menyambung tidoooo ni :D

Lebih kurang perjalanan 1 jam masuk dari tol simpang pulai tu kami pun berjumpalah keadaan jem.. aduhai.. ramai rupanya orang ke CH ni juga ye.. kami ingat macam tu lah..berensut-ensutlah bas kami bergerak..

Rupanya... inilah penyumbang utama jalan tu jem.. sebab masa hari tu Wesak Day.. selalunya yg bawa ni bila Thaipusam jer kan..
sebabnya wesak day utk berugama Budhah kan kekawan.. entahlah.. oleh kerana mengikut ini lah yg kami lewat tiba ke CH tu.. hampir 2 jam lebih kami terperangkap..

Yeahhhh .. kami dah sampai.. pukul 1.30pm kita orang tiba.. patut ikut jadualnya pukul 11.00am.. perancangan Allah yg terbaik..

Bergambar lagi didepan bas ni hehehehe.. sebenar punggung dah kematu duduk dalam bas tu punya lama..

Rasa nak landing jer atas katil ni tau .. nak menghilangkan penat tapi tak boleh kena bersiap solat jamak zohor asar sebelum memulakan program.. sebelum masuk bilik ni dah makan tengahari.. lagi lah kekenyangan.. sedaplah nak tido lagi kan :D

Besar sungguh biliknya ni tau.. Kami menginap di Nova Highlands Resort & Residence Cameroon Highlands... memang puas hatilah menginap disini untuk satu hari RM290.00 ada 1 katil queen dan 1 katil single , saya bertiga tinggal dalam ni.. lengkap dengan tempat santai bersofa tengok TV, lupa pulak nak ambil gambar dapurnya yg lengkap dengan peti ais, microwave dan pinggan mangkuk..

Akhir sekali kita jadi.. hainom okje ye... berselfie di beranda bilik tu.. mak jgn jeles ye hahahaa.. apa nak jeles ye mak.. mak lagi sweet bila berselfie dari pada CH ni kan hahahaha...

Ok nanti kita sambung entri.. apa CH buat 2 hari 1 malam di Cameroon Highland tu ye :D