JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Jadual peperiksaan PSRA 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jadual peperiksaan PSRA 2016. Papar semua catatan

Isnin, 26 September 2016

SERAM Datang Lagi... 😆😊 Doa Kan SYAZA NAJEEHA Dipermudahkan..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya...
Hainom weeyyy.. seram CH datang lagi.. kali ni seram untuk exam PSRA pulak.. 
 Legasi Nur dan Kayu Manis , hang seram juga ke.. Semoga anak2 kita dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan PSRA ni :)

Wasap cikgu ni lagi saya seram juga.. tak boleh lewat ambil sebab kat situ dulu ada cubaan menculik anak-anak.. 😵😭😭 takut dengar culik2 ni kan.. depan rumah tunggu van sekolah pun kena culik tu.. dah tingkatan 3.. kira besar tu kan.. apa lagi anak saya yg baru darjah 6 ni..
Ya Allah.. lindungi lah anak2 kami dari segala yg memudaratkan.

Tengok jadual periksa yg najeeha bawa balik .. exam nya mula pukul 2.40pm hingga 4.40pm. Jadi saya ambil cuti halfday petang selama 5 hari tu.. jadi sebelah pagi tu saya masuk kerja dulu. Siapkan apa yg patut diofis ni dulu.. macam ni lah kalau ibu yg bekerja.. kena fikir dua2 sekali.. semoga dipermudahkan urusan saya pada minggu ini..

Seminggu ni saya akan mula bertafakur diatas sejadah memohon doa agar dipermudahkan Syaza Najeeha untuk menghadapi peperiksaan..
Kita telah berdoa.. berusaha dan akhirnya bertawakal.. redha apa jua ketentuan Allah..