Assalamualaikum kekawan.. ceria selalu :)
Selepas kami berjimba-jimba bersama si Monkey di Bukit Malawati tu..disini Berjimba-jimba dengan Si Monkey... ^__^ Kami menyinggah untuk dinner di Jeti Ikan Bakar Jeram..
Sementara menunggu hidangan sampai saya pun melayanlah sunset yg sungguh indah itu :)
Semakin turun hingga kekaki langit sunset itu semakin indah permandangannya.. Subahanallah indah sungguh ciptaanNya :)
Kak Nabilah dan maksu Mai nya pun menikmati keindahan sunset pada petang itu..
Bila ada playground .. disitulah mereka bersuka ria dulu.. berjimba-jimba keseronokan..
First hidangan adalah kerang bakar.. pergh berebut-rebut mereka makan seronok saya tengok...
Kemudian habis mereka makan kerang bakar .. sampai pula makanan malam tu.. yg ada dalam gambar ni Ketam tiga rasa, Sotong goreng tepung, Kailan goreng ikan masin...
yang tiada dalam gambar udang goreng butter, siakap stim halia..
masa tu tengah seronok makan .. jadi mana nak sempat bergambar bagaikan.. masing-masing dah kelaparan..
Balik dalam kereta budak berempat tu tido dalam kekenyangan.. bersama hujan pada malam itu..