JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Penawar Pening Kepala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penawar Pening Kepala. Papar semua catatan

Rabu, 11 Mei 2016

E-DAY NURSYUHAIDAH 7/5/2016... Saya yg tumbang ler..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Pada hari sabtu 7/5/2016 kak andak mengadakan majlis bertunang anaknya .. kali dapat orang Penang pulak .. Balik Pulau bakal menantu dan besan nya itu.. Jadi kami adik beradik berkumpullah dirumah arwah mak dan arwah abah ni, sekarang kak andak yg duduk situ.. Alhamdulillah ada lagi mak uda dan mak oong adik arwah mak yg hadir sama.. sekurang-kurangnya adalah orang tua di majlis itu.. masa hari tu abang alang yg jadi tukang cakap dan abang along juga.. perjanjian tempoh pertunangan setahun.. 


Lepas menyarung cincin pertunangan mereka ada adalah adat dari orang Penang, iaitu menyuap susu sebagai pemanis kepada bakal menantu perempuan ni.. susu pekat manis pulak tu.. puas along idah ni kena sua minum susu.. mak long, mak angah, mak teh, mak cik dan mak su menyua susu ke mulut along idah.. hehhhee
Itu lah bila kita mula menjalinkan ukhuwah berlain negeri kan.. katanya sebagai mengambil anak menantu sebagai anak ..

Majlis tu bermula pukul 2.00pm.. berbincang dan bergambar mereka ni dalam pukul 3.00pm baru makan, pada hari tu kak andak masak nasi ayam dan mee kari sebagai juadah , saya belikan kuih nona manis sebagai pencuci mulut.. ada lagi beberapa pencuci mulut.. 
Pada hari yg sama adik saya pak itam tu nak buat majlis tahlil dan doa selamat.. jadi mereka yg dari Penang pun joint sama majlis kami ni.. sporting dorang ni.. sampai habis majlis mereka bersama.. lebih kurang pukul 4.00pm mereka pulang.. ada 4 kereta balik ke Penang dan 3 kereta saudara mara yg berada di Selangor dan Kuala Lumpur ni..
banyak gambar yg saya tak sempat nak rakam..
 Sebab nya saya tumbang ler..

Kes 1
Saya pening kepala pada hari majlis tu, konon saya nak balik pagi selepas najeeha ambil tuisyen tapi entah mengapa kepala saya pening berpusing2, nak jalan pun memegang dinding, teringat pula saya acik erna yang sakit kepala tak boleh nak bangun tu.. saya banyak terperap didalam bilik ajer.. saya jaram juga kepala dengan limau nipis seperti yg acik erna buat tu.. tu yg boleh bangun sikit bila majlis nak bermula tu.. balik ke Kuang tu pun en suami yg hantar sebelum dia pekerja.. sebab ada kerja yg perlu diselesaikan dgn kawannya.. malam pukul 8.00pm baru en suami datang ambil.

Kes 2
Entah mengapa hari yg sama juga saya hydrea.. aduh sebenarnya malam sebelum tu saya ada makan banyak buah-buahan.. en suami potong betik yg dibawa balik dari rumah FIL yg dah masak.. sakan juga saya memakan.. kemudian en suami kupas pula buah mangga .. sakan saya memakannya .. teringat pula saya Mummydearie yg mengalami sakit perut yg sama.. semasa dalam perjalanan nak balik Shah Alam tu .. perut saya memulas lagi.. dah lah hari hujan tu.. jalan sedikit jem.. pada hari itu juga perlawanan bola Selangor VS Singapore.. masa berhenti isi minyak tu .. kata en suami pergi lah tandas.. tapi sakit memulas tu dah hilang, jadi saya tak lah pergi.. sampai kat Highway Guthrie sakit memulas datang balik.. dah rasa nak terkucil ni.. sampai kat Shah Alam tu kenderaan dah perlahan sebab orang nak gi tengok bola.. sampai kat masjid negeri tu.. en suami kata nak berhenti tak pergi tandas.. saya kata tak nak.. takut berterabur kat situ.. jadi baik terus balik rumah .. kalau berterabur pun dah sampai rumah sendiri hahhaha..
Sampai rumah, saya suruh en suami buka pintu siap-siap, kalau saya yg buka kunci pintu mahu tak jumpa kan.. apa lagi bila saya keluar dari kereta memang terus memulaskan.. terus lari naik atas pergi bilik air sendiri.. sebab dalam tu dah ada tuala mandi saya.. apa-apa hal senang.. memang ye pun.. senang terus mandi.. lepas tu solat isyak dan saya minum lah air garam yg ada doktor bagi tu hari.. lega lah saya tido malam tu.. kalau tidak mahu tido dalam tandas hahahha ~__^

Itulah kisah entri saya hari ini :)