JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Rambutan asamboi limau kasturi.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rambutan asamboi limau kasturi.. Papar semua catatan

Khamis, 22 September 2016

Apabila Sudah Masak MERANUM... ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua.
Balik  kampung raya haji itu hari.. rata2 dikiri kanan buah rambutan melayut dipokok dengan masak meranum.. begitu juga di rumah FIL dua pokok rambutan masak meranum.. yg rambutan gading berwarna kuning tu dah kering diatas pokok.. rambutan merah pula merah masak meranum.. rumah2 jiran yg lain juga pun sama.. jadi menunggu anak2 jer balik.. pada hari isnin tu FIL minta en.suami menebang ajer dahan2 pokok rambutan tu .. 
Jadi bila dah ditebang macam tu membukit tinggi bila dikumpulkan .. ^__^

Apa lagi mula lah projek mengupas kulit rambutan.. macam2 yg dorang buat dgn buat rambutan tu. Anak2 apa lagi senang lah dimakan apabila sudah dikupas kan.

Simpan pula dalam peti ais lagi sedapkan..

Hahaha mula nak mencuba.. siap mencari limau kasturi.. asamboi dan cili padi..

Tadaaaaa... jadilah Rambutan Asamboi Limau Kasturi.. projek Kak Nabilah dgn mak cik nya.. simpan dua jam dalam peti ais.. wala wala sedap weyyyy.. tengah viral sekarang ni kan..
Saya ada bawa satu karung besar.. jadi sedekah kat jiran2 kiri kanan depan rumah di taman ni..
Kat rumah ni pun kak nabilah buat projek aiskrim rambutan.. nanti saya update entri aiskrim rambutan kak nabilah ye..
Di kampung kekawan pun sedang musim rambutan masak meranum ke..