Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Kenapa pulak tudung celik mata tu pulak yati ooiiii :D
Apa tak nya RM50.00 .. 3 helai ko..
Selamat lah duit sedikit ye dak..
Anak-anak nak ikut tudung trend terkini..
shawl yg lip lap ada bunga ko..
Ini lah termampu teman nak beli hihihi.. :P
Anak dara dah lah dua orang..
termasuk pulak mak dara seorang ni hihihi..
Kalau ikut Lieya Latif beli kat Ariani tu ..
Mahu mak puasa 2 bulan kih kih kih..
Bak kata Lieya pejam mata jer beli..
Tak payah lah tengok harga tu hihihi.
Yang mak ni takut terus terpejam mata hahahhaha...
Hari sabtu tu ari balik kuang, kak lang kata baju raya ko anak-beranak dah siap hihihi..
Cukuplah 4 pasang seorang kan..
Korang pakai lah setahun baju tu ye hihihi..
Mama korang ni buat baju setahun sekali je..
Nanti bila bergambar.. baju korang tu lah digilir-gilirkan hihihi..
Saya buat 2 pasang baju kurung moden..
yang warna kuning tu dah tentu baju raya pertama..
Satu dress kembang..
dan satu blouse beserta kain kembang ..
Suka lah hati anak2 dara dua orang tu..
Jadi hari ahad tu pergi lah mencari tudung di pasar pagi stadium shah alam.. masing-masing yg jual tudung ..
dok terjerit-jerit..
Kakak kakak .. sehelai RM20..
3 helai RM50...
Sibuk lah anak dara dua orang tu mencari tudung masing-masing utk dipadankan dengan pakaian mereka..
Pandai kak Nabilah mencari tudung.. kena pulak dengan bajunya tu.. anak dara sekarang kan..
Balik dari pasar tu terus menggayakan dengan baju rayanya tu..
Masa ni Najeeha pergi tuisyen ..
Jadi dia ajer lah yg tergedik-gedik sorang bergaya hihihi..
Lepas habis bergaya tu.. saya suruh dia pergi basuh semua baju dan tudung raya tu hahhaha..
Semangat betul nak beraya seorang ni kan..
Bila petang angkat kain terus simpan kemas dalam beg balik kampung hihihi..
Dah selesai semua persiapan raya..
Jom kita tumpu pada 10 malam terakhir ini..
Alhamdulillah sekarang dah juz 23.. meneruskan misi khatam quran pulak.. hendaknya.. jumaat ni khatamlah inshaAllah :)
Kekawan tentu dah habis buat persiapan kan ..
Kuih raya dah banyak buat ke kekawan..
Saya beli yg tunjuk jer..
Itu pun sejenis dua :)
p/s teringat saya masa raya dulu-dulu, arwah mak buat sepasang baju kurung dan sehelai baju blouse .. pakai lah sepanjang tahun baju tu.. masa tu bukan selalu pergi berjalan kan .. cuma pergi kenduri kahwin jer pun.. tahun depan baru boleh buat baju basahan hari-hari.. memang susah betul masa tu utk emak abah membesarkan 9 orang anak .. Alfatihah buat mereka berdua.. sayang mak abah :)

