JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 5 Oktober 2016

WW:: SEGAMAT REL... TUT TUT TUT.. 😆😊

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya...






Hari ini ada appointmen doktor saya dan Nabil.. jadi lepas hantar kak Jeeha ke sekolah pergi BIMB dan CIMB untuk bayar yuran sekolah mereka.. dah merancang dgn Nabil nak breakfast kat Segamat Rel ni.. kami sampai situ baru pukul 7.45am.. kedai buka pukul 8.00am.. tu yg Nabil jadi model ambil gambar disitu hihihi..😆😊
Mujur memberi kerjasama yang baik.. apabila kedai buka .. konon nak oder set kacang pool dan Nabil nak set lempeng pisang.. sayangnya belum masak lagi kata adik tu.. mungkin pukul 9.00am baru boleh oder kak.. yg ada sekarang set telur rebus dan roti bakar.. terpaksa lah oder yg tu.. sebab appointmen pukul 9.00am.. kalau pergi lambat mahu nombor banyak.. macam hari itu.. hampir pukul 2.00pm baru selesai sehingga ambil ubat..
Kekawan dah sarapan pagi ke 😊😆☺


Selasa, 4 Oktober 2016

Selamat berhijrah... Semoga kita lebih baik dari semalam...

*Muhasabah diri......*

*Waktu berlalu begitu halus* menipu kita yang terlena, belum sempat berdzikir pagi tau-tau hari sudah menjelang siang, belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.😑

*Rencana* jam 9 mau shalat Dhuha, tiba-tiba adzan Dzuhur sudah terdengar, teringin setiap pagi membaca 1 juz Al-Qur'an, menambah hafalan satu hari satu ayat, itupun tak dilakukan 😶

*komitmen* tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajud dan witir, sekalipun hanya 3 raka'at singkat, semua tinggal rencana.😥

Akan terus beginikah nasib *hidup* menghabiskan umur ?, berseronok dengan usia ?😔

Lalu tiba-tiba masuklah *usia* di angka 30, sebentar kemudian 40, tak lama terasa menjadi 50, dan kemudian orang mulai memanggil kita dengan sebutan "Tuk wan... Tuk Nek..." pertanda kita sudah tua.😞

Lalu sambil *menunggu sakarotul maut* tiba, sekejap tengok catatan amal yang kita ingat pernah berbuat apa ... ???.😕

Astaghfirullah…  *ternyata tak seberapa, !!!* sedekah dan infaq cuma sekedarnya, mengajarkan ilmu tak pernah ada, silaturrahmi tak pernah buat.😨

Jika sudah demikian, apakah ruh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan disaat harus berpisah dari tubuh pada waktu *sakaratul maut*...???.😢

Tambahkan usiaku ya Allah...!!! , aku *perlu waktu* untuk beramal dan berbekal sebelum Kau akhiri ajal.😩

Belum cukupkah *menyia-nyiakan* waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun ?, 😓

*Perlu berapa tahun* lagikah untuk mengulang pagi, siang sore dan malam hari, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar bisa mempersiapkan diri untuk siap mati. 😣

Tanpa kita pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala di setiap detiknya, maka 1000 tahunpun *tidak akan pernah cukup* bagi orang orang yang terlena...😭

*Astaghfirullah.....*

Selamat tahun baru Hijriah 1438 H / 2 okt 2016

10 PESANAN IMAM SYAFIE SEBELUM MENINGGAL DUNIA..

Assalamualaikum
Helaian ilmu  303
22 Zulkaedah 1437
25/8/2016

*PESANAN IMAM SHAFIEE SEBELUM MENINGGAL DUNIA*

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia,
beliau sempat mengajak sahabat-
sahabatnya agar membuat perubahan
jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa
yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat, maka lakukanlah 10
perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan
mengurangkan tidur, mengurangkan
makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu
menqada’kan segala kewajipan yang
tertinggal, iaitu dengan memohon maaf
daripada orang yang dizalimi, membuat
persiapan untuk mati dan merasa cinta
kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang
tabiat suka menabur fitnah, jangan
suka kencing merata,
memperbanyakkan solat tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan
Nakir, iaitu jangan berkata dusta,
sering berkata benar, meninggalkan
maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan
kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas
dalam amalan dan sanggup
menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang
tabiat suka mengumpat, wara’, bantu
orang beriman dan hidup dalam
suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu
menangis lantaran takutkan kepada
ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah,
membuat kebaikan kepada ibubapa dan
memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan,
penjaga syurga, iaitu redha kepada
qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima
bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu
dengan sering bersalawat kepada
baginda, berpegang kepada sunnahnya
dan bersaing mencari kelebihan dalam
beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak
manusia kepada kebaikan, mencegah
manusia daripada melakukan
kemungkaran, bencikan kepada
sebarang maksiat dan tidak melakukan
kejahatan.

*Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.* *Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.* *Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."* ~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

Alhamdulilah

🌟😊

Sumber : Google


Sumber : WhatsApp

p/s Kesibukan melanda ni.. selepas habis seram.. cuti lagi.. pastu kerja dah bersusun menunggu.. hihihi..
Nanti saya BW kekawan ye..