JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 17 Julai 2018

Resipi Tempoyak Udang Dengan Pucuk Ubi😍

 Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Dah lama tak update apa yg saya masak dalam blog sayakan πŸ˜‰
Sekarang dah musim durian kan.. jadi adalah tempoyak.. πŸ˜†
Kegemaran saya anak beranak. Hari ahad tempohari kak andak ada buat kenduri doa kesykuran dan hari lahir cucunya. Kak andak kata mkn tengahari ye.. jadi saya bawa lauk tempoyak udang dgn pucuk ubi.. mengingatkan kami zaman kecik2 dulu. 😘
Nak lagi power.. cili tu kita tumbuk dgn lesung batu.. mmg gadis pingatan didapur saya ketika itu πŸ˜‰tapi awas jgn terpecik ke mata😠 boleh tak jadi masak dibuatnyaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜†.
Ehh jom lah kita intai resepi yg cukup mudah bagi saya ni..

RESIPI TEMPOYAK UDANG DGN PUCUK UBI
Bahanya :-
✅1 kilo udang laut yg sederhana besar
✅1 ikat pucuk ubi
✅1 btg serai
✅1 helai daun kunyi(dihiris)
✅10biji cili api
✅3 biji cili merah
✅3 biji bawang merah kecil
✅1 inci kunyit hidup (bahan cili hendaklah ditumbuk)
✅500grm santan pekat
✅tempoyak 4 sudu besar (secukup rasa.)

Caranya :-
1. Rebus pucuk ubi sehingga lembut. Kemudian hiris2 kasar. Ketepikan.
2. Lepas tu masuk kan santan, cili tumbuk dan tempoyak. Biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan udang,pucuk ubi yg dihiris, daun kunyit, serai dan garam.
4. Reneh sekejap sehingga bahan sebati. Perasakan garam dan tempoyaknya. 
5. Kemudian boleh ditutup api. Siap utk dihidang dgn nasi putih.

Anak saya durian pun sama suka.. sebelum balik kuang tu.. si najeeha dah makan nasi dgn tempoyak udang ni.. 3 kali menambah nasi koπŸ˜‰



Hari sabtu ikut open house kawan en suami di Seremban dan Senawang.. berbesen di hidangnya durian. Nabil smpi 3 biji di belasahnya.. saya ni ambil seulas dua.. takut juga nak mkn byk2 ni.. biarlah anak2 yg muda ni mkn puas2.

Kat kampung kekawan dah musim durian ke πŸ˜‰πŸ˜†


7 ulasan:

  1. Sedapnya laaaa..durian....kalau yang tahan ok je makan durian banyak kak...

    BalasPadam
  2. gulai tempoyak pucuk ubi...terbaik..

    BalasPadam
  3. Ana tak pandai makam tempoyak. Tapi adik beradik ana ada yang suka. Kalau durian jangan cakap. Pantang nampak je.hehe

    BalasPadam
  4. SA dah banyak tempoyak sebab berhabis beli durian last week..mana tempoyak baru tu labelkan tahun 2018, hehe padahal yang lama pun x habis lagi

    BalasPadam
  5. Sedapnya .... teringin pulak hihi...Manalah nak cekau tempoyak!
    Masa balik kg hari tu mcm ada jugak durian tp tak banyak mcm sebelumnya

    BalasPadam
  6. Sedapnya.. Tak pernah makan masakan macam nie.. Tapi saya memang layan tempoyak dan durian.. Hari tu baru dijamu dan membeli.. Alhamdulillah tahun ini harga durian nampaklah menurun dan ada yang mula jual longgok.. Bolehlah membeli dan merasa..

    BalasPadam
  7. sedapnya durian kak, udang tempoyak dengan pucuk ubi tu pun adusss mengancam betul

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)