JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 18 Julai 2018

KEHIDUPAN YG SEKETIKA πŸƒπŸŒΉπŸ’–

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik.


Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.



Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Kerna hidup ini hanya seketika.


Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.



Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.



Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.
Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.

Moga bertemu di syurga.

Uhibbukum fillah.

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. πŸƒπŸ’•

Sumber : Facebook

6 ulasan:

  1. Kalau tidak kita meninggalkan..kita pasti ditinggalkan kerana ajal itu sahabat pada yang bernyawa.Allahu.

    BalasPadam
  2. In syaa Allah.
    marilah kita berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik.

    BalasPadam
  3. Hasil nukilan Ustazah Nurhafizah ni kan Ti. Begitulah kehidupan kita kan Ti, hanya sementara, dunia ibarat R n R hanya untuk melepaskan lelah seketika selebihnya gigihlah untuk mencari bekalan untuk dibawa ke sana.... tempat yg kekal abadi

    BalasPadam
  4. Nukilan yang menyentuh.. Tq for sharing..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)