JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 19 Julai 2018

Sup Ayam Kampung .. pembuka selera org demam ni 😷😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita sentiasa dlm rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan..
Tapi saya ni dan dua hari tak sihat.. ujian demam melanda 😷 .. kena redha dan sabar..
Jadi utk memenuhi selera yg demam ni saya buat sup ayam kampung.. makan panas2.. hirup kuahnya.  Perghhh tengok peluh meleleh..😰 lega sikit demam tu..

Semalam pula saya masak goreng ikan merah air asam.. bermanfaat sungguh resepi kakzakie @ blogger Titisan Nurani.. bila saya demam selalu masak menu ni.. pembuka selera juga.. terima kasih kakzakie.. rindu dgn titisan nurani akak 😚


Lepas tu Doc suruh minum air barli suam sbb dah 2 hari suhu saya 37.6 tak turun.. pastu doc suruh minum tanpa letak gula😒
Gigih merebus barli.. cuba dulu dgn cawan yg kecil πŸ˜‰

Dah musim demam skrg ni kan kekawan..
Semoga kita semua dikurniakan Allah kesihatan yg baik. Aamiin

17 ulasan:

  1. Semoga diberi kesembuhan ye sis.. Memang musim sekarang ini.. Ikan air asam tu nampak best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tqvm SD..
      Cubalah masak ikan air asam tu..
      Selongkar dlm blog akak ni ada resipinya😊

      Padam
  2. Allahu...moga segera sihat ya Kak....kalau PC demam pun...PC minum air bali suam juga...tanpa gula...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq PC..
      Baru hari ini akak minum tanpa gula PC..
      Selalu oder kat kedai ada gula.. sedap tekak minumπŸ˜‰

      Padam
  3. Bila xsihat dpt hirup sup rs lega skit.. Get well soon Kak

    BalasPadam
  4. Sedap menu org sakit ni...
    Kat rumah akak ni walaupun org nya sehat2 je tapi selalu masak seperti ni yatie...cuma takde ayam kampung je.
    Air barli tu biasanya akak jerang dlm rice cooker ,ermm ..malas nk jaga sebenarnya.Akak minum memang jarang bubuh gula ti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh mmg tak payah letak gula ye kak..
      Doc kata lawaskan kencing pun sama..

      Padam
  5. Hirup sup ayam kampung...sedapnya
    Moga cepat sihat hendaknya

    BalasPadam
  6. semoga Allah berikan kesembuhan buat kak yati.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Ti
    Boleh contact makchaq kat mchaq1812@gmail.com

    BalasPadam
  8. air barli memang bagus kan untuk sejukkan badan.
    Janji Kita

    BalasPadam
  9. Mudah2a cepat sembuhnya.
    Sup ayam kampung memang sedap.

    BalasPadam
  10. ni memang betul2 membuka selera ni. kalau yg tak demam macam saya pun apatah lagi berselera dibuatnya. hehehehe

    BalasPadam
  11. Demam ke Ti ...siannya, moga diberi kesembuhan ye. Teringin jugak nak buat ikan goreng air asam tu. Guna ikan merah baru sedap agaknya ye Ti..

    Tulah manalah agaknya Kak Zakie.... sekejap sekejap je dia muncul

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)